Penceramah bebas, PU Syed menegur kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay yang mengakui dirinya sememangnya seorang yang gemar berpakaian seksi.
Artikel Berkaitan: DMA Islam Ditegur PU Syed, Label Lelaki Buat Kerja Rumah Sebagai Gay – ‘Belum Kahwin Sembang Kencang’
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Terima Teguran Netizen Isu Pakaian Seksi – ‘Apa Yang Mereka Kata Benar, Tidak Patut Pakai Begitu’
Teguran buat Liyana Jasmay

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyangkal kenyataan yang dibuat pelakon berusia 37 tahun itu.
Ujarnya, kita terikat dengan halal dan haram sebagai umat Islam.
Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram.
Bahkan kedua-duanya jelas seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Menerusi perkongsian yang sama, PU Syed sempat menitipkan pesanan buat Liyana Jasmay agar mengenakan pakaian yang lebih tertutup supaya menjadi contoh kepada pengikutnya.
Kamu ramai pengikut, jangan lah sampai mereka terikut-ikut dengan gaya penampilan kamu.
Imbas kembali, Liyana Jasmay menjadi bualan netizen apabila dikatakan berpakaian seksi.
Bagaimanapun, Liyana menerima teguran netizen dengan hati terbuka berhubung beberapa perkongsiannya di Instagram tersebut.
Ujarnya lanjut, Liyana akui gemar berpakaian seksi sekali gus mengambil segala teguran yang baik untuk panduan memperbaiki diri pada masa akan datang.
Sumber: Instagram @pusyed_official
The post ‘Kena Ingat Sebagai Umat Islam, Kita Terikat Dengan Halal & Haram’ – PU Syed Tegur Liyana Jasmay first appeared on OHBULAN!.





