27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sari Mengaku Perli Peribadi, Mohon Maaf Kepada Syamimia

    Shopee Sale



    Syamimia

    Pempengaruh, Puteri Sari tampil memohon maaf kepada influencer, Syamimia selepas mendakwa wanita itu bersikap nuetral berhubung sebuah isu panas sebelum ini.

    Mohon maaf

    Syamimia

    Menerusi perkongsian di TikTok, Puteri Sari mengakui tindakannya pada waktu itu dibuat atas dasar tidak berpuas hati selain telah memerli keperibadian Syamimia.

    Saya memohon maaf kepada Syamimia kerana telah memerli keperibadian Syamimia. Saya jelaskan di sini, ketika itu saya memang tengah panas (marah) mengenai isu tersebut.

    Jadi apa yang berlaku, saya tidak berpuas hati selepas ada warga TikTok mengatakan dia nuetral isu tersebut.

    Saya akui, cara saya dan suami tidak berpuas hati tidak sesuai, apatah lagi melibatkan keperibadian dan gaya hidup Syamimia. Saya akui salah saya dan benar-benar minta maaf.

    Sedia bersemuka

    Syamimia

    Kata Puteri Sari, dia juga telah memohon maaf secara peribadi dengan menghantar mesej kepada Syamimia. Malah, Puteri Sari juga bersedia bersemuka dengan Syamimia sekiranya perlu.

    Saya juga ada DM kepada Syamimia menyatakan permohonan maaf saya, namun jika Syamimia masih tidak berpuas hati, kita boleh berjumpa. Saya dan suami, harap dimaafkan.

    Dalam pada itu, suami Puteri Sari yang dikenali sebagai Iman juga tampil memohon maaf kepada Syamimia kerana telah memerli sifat Gangguan Obsesif Kompulsif  atau OCD yang dimilki pempengaruh itu.

    Saya juga memohon maaf kepada Syamimia dan suaminya. Saya dimaklumkan juga saya dikatakan pernah perli Syamimia fasal sifat OCD.

    Sekiranya Syamimia anggap saya juga telah memerli orang-orang di luar sana yang didiagnos sifat OCD, saya juga minta maaf. Saya tidak akan ulangi lagi.

    MENARIK:  Individu B*nuh Diri Selepas Empat Hari Kahwin

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah