28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kelebihan Pickleball Untuk Kecergasan Fizikal & Mental

    Shopee Sale

    Pickleball merupakan sukan raket yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan ping pong, serta sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran.

    Artikel Berkaitan: ‘Brisk Walk’ 30 Minit Sehari, Ini Manfaat Yang Ramai Tak Tahu

    Artikel Berkaitan: Kebaikan Senaman Pilates Untuk Tubuh & Minda

    Bantu tingkatkan koordinasi tangan & mata

    Pickelball banyak memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, mental selain membantu meningkatkan kecergasan dan keseimbangan tubuh badan.

    Menurut Cleveland Clinic, kajian mendapati bermain tiga kali seminggu selama satu jam dapat meningkatkan fungsi jantung, menurunkan kolesterol, mengurangkan tekanan darah dan membakar kalori.

    Dengan degupan jantung mencapai sekitar 70% daripada maksimum, menjadikannya senaman kardio sederhana yang berkesan.

    Bagi golongan berusia, peningkatan kecergasan sebanyak 12% mampu memberi kesan besar kepada kesihatan antaranya mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kematian kardiovaskular sehingga 15% bagi setiap kenaikan 10% tahap kecergasan.

    Selain itu, pickleball turut menawarkan aktiviti fizikal yang menyeronokkan sambil membantu membakar kalori kira-kira 200 hingga 300 kalori dalam 30 minit dan antara 600 hingga 900 kalori untuk permainan selama 90 minit.

    Aktiviti sukan ini melibatkan pergerakan dinamik seperti hayunan, lunge dan pivot yang mengaktifkan pelbagai kumpulan otot di bahagian atas dan bawah badan.

    MENARIK:  ‘Telur Mudah Tercemar Dengan Kuman Salmonella’ -KKM

    Ia membantu meningkatkan kekuatan, daya tahan dan postur sambil menyokong pembinaan jisim tanpa lemak bagi golongan berusia dengan risiko kecederaan rendah, terutamanya apabila digabungkan dengan latihan rintangan.

    Baik untuk kemurungan

    Manfaat lain dalam pickleball juga turut melatih keseimbangan, masa tindak balas dan kesedaran spatial melalui pergerakan pantas yang memerlukan koordinasi dan ketangkasan.

    Pickleball sesuai untuk orang golongan berusia kerana ia lembut pada sendi namun tetap mengekalkan kecergasan fizikal.

    Sukan ini meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, ketangkasan, dan keseimbangan, sambil menyokong kesihatan tulang dan sendi melalui penahanan berat badan yang membantu mengekalkan ketumpatan tulang dan melawan osteoporosis.

    Selain manfaat fizikal, pickleball juga dapat meredakan tekanan, kemurungan dan kebimbangan sambil meningkatkan daya ingatan, fokus dan kebahagiaan.

    Di samping itu, aktiviti ini turut melatih otak melalui strategi, membuat keputusan cepat dan menangani pelbagai tugasan, sekaligus membantu melambatkan penurunan fungsi kognitif pada golongan yang berusia.

    Interaksi sosial dalam permainan menambah keseronokan dan menyokong kesejahteraan emosi, menjadikan pickleball bukan sahaja bermanfaat untuk tubuh tetapi juga minda.

    Sumber: Picklepedia, Cleveland Clinic

    The post Kelebihan Pickleball Untuk Kecergasan Fizikal & Mental first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah