26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kejayaan Sebenar Bukan Di Podium, Tapi Lihat Keluarga Bahagia & Sukan Badminton Berkembang’ – Lee Chong Wei

    Shopee Sale

    Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Isnin dengan penuh kesyukuran.

    Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei Terima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, Kini Bawa Gelaran Datuk Seri

    Raikan birthday ke-43

    Menerusi hantaran di Instagram, bekas jaguh badminton dunia itu mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang diterima sempena hari istimewanya.

    Terima kasih atas semua ucapan dan doa sempena hari lahir saya. Tahun demi tahun, saya belajar bahawa kejayaan sebenar bukan lagi di podium, tapi melihat keluarga bahagia dan sukan badminton negara terus berkembang.

    Dalam pada itu, Lee Chong Wei turut berkongsi harapan agar pemain-pemain muda badminton tanah air terus mengekalkan semangat juang tinggi demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

    Semoga generasi baru Malaysia terus berjuang dengan semangat yang sama, jangan berhenti bermimpi dan berusaha untuk mengharumkan nama negara.

    Walaupun sudah bersara sebagai pemain profesional, semangat dan dedikasi Lee Chong Wei terhadap sukan badminton masih menjadi inspirasi kepada ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Sangat Perlukan Babah, Bukan Tak Reda..Cuma Rindu’ – Anak Arwah Hamdan Senario

    Sepanjang lebih dua dekad pembabitannya dalam arena badminton, Lee Chong Wei mencatat pelbagai kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa.

    Antara pencapaian tertingginya termasuk meraih pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik (Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016).

    Lee Chong Wei juga pernah menduduki ranking nombor satu dunia selama 349 minggu, menjadikannya antara pemain paling konsisten dalam sejarah badminton dunia.

    Selain itu, Lee Chong Wei turut merangkul 69 kejuaraan antarabangsa termasuk 47 gelaran Super Series dan World Tour selain kejayaan di Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Kejayaan Sebenar Bukan Di Podium, Tapi Lihat Keluarga Bahagia & Sukan Badminton Berkembang’ – Lee Chong Wei first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah