28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keith Foo Enggan Ulas Status Agama, Minta Tunggu Hujung Tahun – ‘Saya Tak Akan Umumkan, Biarlah Orang Tahu Sendiri’

    Shopee Sale

    Pelakon Keith Foo mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berhubung spekulasi yang mendakwa dirinya kini sudah bergelar mualaf. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keith Foo Harap Ramai Tak Tuding Jari Pada Industri Seni Tentang Isu Moral – ‘Kesedaran Mula Dari Rumah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Nasihat Keith Foo & Riena Diana Jaga Batas Selagi Belum Nikah

    Keith enggan ulas lanjut

    Ketika ditemui , Keith berkata dia lebih selesa meletakkan soal pegangan peribadi itu di bawah privasi sendiri tanpa perlu membuat sebarang pengumuman rasmi.

    Saya tak akan umumkan. Biarlah orang tahu sendiri sebab benda ni semula jadi dari hati. Bukan sesuatu yang perlu kita kecoh-kecohkan.

    Sebaliknya kekasih kepada aktres Riena Diana ini meminta orang ramai untuk menantikan perkembangan lanjut pada penghujung tahun ini.

    Biar itu jadi satu tanda tanya pada orang. Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku pada hujung tahun ini. 

    Keith berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jwanjih Kenyang di Banglo 289, pada Khamis. 

    Fokus pada kerjaya

    Dalam pada itu, Keith berkata buat masa ini dia mahu memberi sepenuh fokus kepada kehidupannya sendiri dan teman wanita.

    Apa yang kami lakukan adalah saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain, terutamanya dari segi kerjaya.

    Sekarang dah nak puasa, jadi kita akan sokong satu sama lain. Ramai orang dekat luar sana suka bagi komen negatif, jadi bagi mereka komen dulu. Nanti tengok macam mana dia orang punya reaksi kemudian. 

    Mengulas mengenai perjalanannya mempelajari agama Islam, Keith mendedahkan bahawa Riena merupakan individu yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

    Saya masih belajar. Kadang-kadang ada yang kekurangan daripada saya, Riena akan tunjuk ajar. Dia akan beritahu.

    Kita pun membesar dengan agama masing-masing, jadi saya pun banyak benda tak tahu. 

    Terima kasih pada Riena yang banyak mengajar. Lagipun dalam keluarga saya sendiri pun dah ada tiga orang yang mualaf. Jadi ia adalah perkara biasa dalam keluarga saya.

    Bercerita mengenai kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Keith meluahkan rasa teruja selain memasang impian untuk cuba berpuasa penuh pada tahun ini. 

    MENARIK:  Lelaki Menyamar Sebagai Wanita Demi Ganti Tempat Kekasih Hati

    The post Keith Foo Enggan Ulas Status Agama, Minta Tunggu Hujung Tahun – ‘Saya Tak Akan Umumkan, Biarlah Orang Tahu Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah