28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kehilangan Sebahagian Keluarga’ – Patimah Ismail

    Shopee Sale



    patimah keluarga

    Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih tentang keluarganya.

    Luahan hati ibu

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Patimah memuat naik beberapa keping foto keluarganya semasa sambutan hari raya dari tahun 2014 hingga tahun 2023.

    Paling menyentuh perasaan apabila Patimah menyifatkan keluarganya kini sudah tidak sempurna dipercayai selepas ketiadaan anak lelakinya Syamsul Yusof.

    Patimah menyatakan perkara tersebut berserta emoji sedih di ruangan komen.

    Keluarga kami sudah tidak lengkap.

    Dalam pada itu, Patimah menegaskan bahawa meskipun dia tidak menyokong tindakan anaknya namun perkara tersebut tidak menghalang kasih sayang seorang ibu.

    Jangan salah tafsir, tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang.

    Tinjauan mendapati rata-rata warganet turut berasa sedih dan berdoa agar Patimah diberikan kebahagiaan selain berharap Syamsul dapat pulang ke pangkuan keluarga.

    Doa yang baik-baik untuk keluarga datuk dan datin. Semoga ada cahaya yang menanti dihujungnya. Semoga Allah buka hati anak untuk pulang ke pangkuan ibunya.

    Tetap semangat datin, semoga diberi hidayah kepada Syamsul untuk kembali ke pangkuan ibu dan bapanya, apa lagi ini bulan suci. Amin.

    Semoga satu hari nanti keluarga datin bersatu kembali.

    Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nafkah Bukannya Duit Raya, Beg Tangan & Kereta Mewah Tapi Keperluan Asas’ – Iddin Ramli

    Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka itu runtuh selepas mereka dengan rasminya bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

    Syamsul kemudiannya telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Ira Kazar pada Januari 2023.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah