28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dahlia Rizal Tegaskan Turut Hadapi Ujian Hidup, Netizen Ramai Cemburu Tengok Kehidupan Sempurna

    Shopee Sale

    Hantaran personaliti media sosial, Dahlia Rizal membuatkan rata-rata netizen cemburu melihat keakraban yang terjalin bersama ibu bapa mentuanya.

    Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Dedah Wajah Anak Genap Setahun, Kecomelan Yusra Buat Netizen Teruja – ‘Cantik Macam Mummy!’

    Artikel Berkaitan: Berat 60 Kg, Dahlia Rizal Lebih Selesa Pakai Pakaian XL – ‘Ada Sesetengah Bahagian Badan Takkan Kembali Macam Dulu’

    ‘Dekat mana ujian awak?’

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat kagum dengan rezeki yang seakan sempurna buat pempengaruh berusia 25 tahun itu.

    Dekat mana ujian awak? Kehidupan awak penuh dengan kebahagiaan.

    Mentua baik, awak cantik, suami baik dan kaya. Rezeki betul.

    Bagaimanapun, komen tersebut meraih perhatian Dahlia yang menegaskan bahawa dirinya juga manusia biasa apabila tidak terlepas daripada pelbagai ujian kehidupan.

    Namun, isteri kepada pelakon dan pengacara, Imran Aqil itu memilih untuk menjadikan setiap ujian yang dihadapi sebagai pengajaran agar dirinya lebih menghargai setiap insan di sekeliling.

    Sebenarnya banyak saja ujian tapi semestinya kita tak kongsi. Kebahagiaan saya pun tidaklah dikongsi selalu.

    Disebabkan ujian yang saya hadapi sekarang, saya sentiasa hargai orang-orang yang selalu bahagiakan saya.

    Layanan mentua yang baik

    Pada hantaran tersebut, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 25, dilihat bersama ibu bapa mentuanya di sebuah restoran mewah.

    MENARIK:  Raja Azura Iklan Cari Bekas Suami Di Akhbar, Mahu Selesai Tuntutan Nafkah Anak – ‘Datang Mahkamah & Buat Pengakuan’

    Difahamkan, ibu bapa kepada suaminya, Imran Aqil mengajaknya menikmati makan malam bersama sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-25.

    Siapa dekat sini pernah ada pengalaman macam saya?

    Ibu bapa mentua saya ajak makan malam sempena ulang tahun kelahiran saya.

    Hanya kami bertiga menikmati Omakase sambil berborak.

    Dalam pada itu, Dahlia menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepadanya apabila memiliki keluarga mentua yang menerima dirinya seperti anak kandung sendiri.

    Sangat bersyukur dikurniakan mereka dalam hidup saya.

    Terima kasih ayah selalu belanja saya makan mahal-mahal.

    Sumber: Threads @dshazall

    The post Dahlia Rizal Tegaskan Turut Hadapi Ujian Hidup, Netizen Ramai Cemburu Tengok Kehidupan Sempurna first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah