Pempengaruh dan usahawan kosmetik, Bella Park, bakal menjalani pembedahan cesarean segera selepas bayi dalam kandungannya disahkan mengalami IUGR (Intrauterine Growth Restriction).
Bella Park minta doa orang ramai

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella memohon doa orang ramai agar proses pembedahan berjalan lancar dan bayi selamat dilahirkan.
Minta doakan Bella kena czer pukul 12 tengahari nanti.
Baby IUGR jadi doktor kena keluarkan secepat mungkin. Doakan baby sihat.
Bella berkata, pada awalnya dia hanya ke hospital untuk pemeriksaan rutin selepas pergerakan bayi semakin berkurangan.
Namun, pemeriksaan mendapati dia sudah mengalami bukaan 2 sentimeter dan kontraksi.
Bella hari ini (semalam) baru 36 minggu 5 hari, jadi doktor memang kalau boleh nak bagi baby besar sikit lagi bagi 37 minggu lebih sikit.
Ketika ini, Bella berada di bawah pemantauan doktor sementara menunggu prosedur czer dijalankan.
Sumber: Instagram Bella Park
The post Keadaan Bayi IUGR, Bella Park Terpaksa Jalani Czer Segera – ‘Minta Doakan Baby Sihat’ first appeared on OHBULAN!.





