26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Akan All Out Di Konsert Kristal OG 25 Tahun Dalam Satu Malam’ – Lan Solo

    Shopee Sale

    Gelombang rock tanah air bakal menyaksikan satu detik bersejarah apabila kumpulan legendaris, Kristal, bersedia menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei depan. 

    Artikel Berkaitan: Lan Solo Kecewa, Usaha Berdamai Dengan Rody Kristal Tak Berhasil – ‘Saya Dah Ketepikan Ego, Nak Jalin Kembali Ukhwah’

    Konsert Kristal OG

    Konsert ‘Kristal OG – 25 Tahun Dalam Satu Malam’ merupakan sebuah ‘reunion’ yang menghimpunkan hampir kesemua figura yang pernah menjadi tunjang kekuatan kumpulan ini sejak dua dekad lalu.

    Menurut vokalis, Lan Solo berkata, konsert kali ini menggabungkan ahli lama dan baharu sebagai satu penghargaan buat setiap individu yang pernah mencurahkan keringat dalam 13 buah album mereka.

    Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari album pertama sehingga album yang ke-13.

    Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini, merangkumi perjalanan selama 25 tahun.

    Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo. 

    Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan.

    Dapatkan tiket sekarang!

    Dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event, konsert ini juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures dan Dana Kandungan Kreatif.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Hassan Mahmud Syukur Dapat Beli Kereta Idaman, Lain Pula Netizen Perhati – ‘Nombor Plat Yang Mahal Tu’

    Menurut Khai, selaku penganjur, idea mewujudkan jenama ‘Kristal OG’ tercetus selepas melihat potensi Lan Solo untuk beraksi dalam skala konsert solo yang besar.

    Lan sendiri tidak pernah buat persembahan dalam sebuah konsert besar secara solo, cuma ada bergabung dengan rakan vokalis lain. 

    Jadi dari situ mulalah tercetus idea untuk mengadakan sebuah konsert solo bersama kumpulan ini. 

    Namun ia ada kesukaran dan cabaran tersendiri. Jadi sebab itulah kami mencetuskan Konsert Kristal OG, satu jenama.

    Tiket telah mula dijual dan tempat adalah terhad. Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi https://blaviaofficial.com/pages/kristalog

    The post ‘Kami Akan All Out Di Konsert Kristal OG 25 Tahun Dalam Satu Malam’ – Lan Solo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah