34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen

    Shopee Sale

    Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen menyifatkan tunangnya iaitu Justin Hubner lelaki terbaik buatnya selepas pemergian suami, Yitta Dali Wassink dalam kemalangan jalan raya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Bersuara, Dituduh Lupa Arwah Suami Demi Jaga Hati Kekasih – ‘Orang Bersamaku Sekarang Sangat Memahami

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Dakwa Rozita Ibrahim Guna Ilmu Hitam Untuk Kekal Cantik? – ‘Muka Modified, Pentaksub Dia Jangan Percaya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Tuhan Sudah Beri Kebahagiaan Lagi’ – Jennifer Coppen Tak Boleh Hidup Tanpa Anak & Kekasih

    Kembali buka hati

    " data-video-id="7592574656977095954" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jennifer.coppen

    🥺 @Justin Quincy Hubner

    ♬ 10 Menit Untuk Selamanya – Nyoman Paul

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jennifer memaklumkan hatinya kembali terbuka berumah tangga ekoran sifat tunangnya yang dianggap ‘green flags’.

    Menurut Jennifer, dia bersyukur dikurniakan tunang yang sabar menghadapi traumanya selepas kehilangan suami tercinta.

    Dia buat saya menjadi diri sendiri, sabar menghadapi trauma saya dan selalu memastikan duitnya dibelanjakan buat saya dan Mayi.

    Walau sepenat mana pun, Jusa (Justin) sentiasa meluangkan masa dengan Mayi dan selalu pastikan kami anak beranak bahagia.

    Selain itu, keluarga Jusa menerima saya dan Mayi seadanya.

    Jusa tak mahu ada pengasuh sebab mahukan bonding bersama Mayi.

    Saya juga disuruh berhenti kerja jika suatu hari Jusa dapat masuk kelab bola sepak yang lebih besar.

    Ternyata, dia sangat mencintai, melindungi dan merawat kami sepenuh hati.

    Sanggup bertanggungjawab dan membuktikan itu dengan melamar saya sebagai isteri.

    Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kamari.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

    Baru-baru ini, Jennifer berkongsi berita baik menerusi akaun rasmi Instagram (IG) apabila dilamar oleh kekasihnya, Justin Hubner untuk dijadikan isteri.

    Sumber: TikTok @jennifer.coppen

    The post ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah