25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Julia Farhana Dilabel Sombong, Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang – ‘Bila Penat Tak Larat Nak Berbual, Tenaga Dah Habis’

    Shopee Sale



    Pelakon Julia Farhana memberikan respon selepas didakwa pernah bersikap sombong terhadap seorang pelakon baru.

    Julia sombong?

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Julia Farhana Marin (@juliafarhanamarin)

    Ketika ditemui , Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin mengakui ia bukan kali pertama dirinya dianggap seperti itu namun mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut.

    Saya dah banyak kali dilabel sombong, bukan perkara baru. Malah, ramai rakan selebriti lain pun pernah kena benda yang sama.

    Saya tahu saya tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi kalau benar tuduhan itu ditujukan kepada saya, lebih baik orang itu datang beritahu sendiri secara terus terang.

    Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka pereka fesyen, Rizman Ruzaini yang berlangsung di Hotel Shangri-la, baru-baru ini.

    Terlalu penat

    Menurut Julia, sepanjang 14 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, dia tidak pernah menerima sebarang komen daripada pelakon senior atau kru produksi berhubung sikapnya yang didakwa dingin.

    Saya sentiasa terbuka untuk terima teguran. Di set penggambaran, macam-macam boleh berlaku.

    Tapi kalau itu adalah persepsi atau pengalaman peribadi dia, saya tak boleh nak halang.

    Dalam pada itu, pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang tersebut juga memaklumkan komitmen yang perlu diberikan sangat banyak sehingga ia mungkin boleh menjejaskan komunikasi dengan orang lain.

    Kadang-kadang kita shooting sampai dua, tiga pagi.

    Bila dah terlalu penat, memang tak larat nak berbual atau layan orang sekeliling. Bukan sebab sombong, tapi sebab tenaga dah habis.

    Terdahulu, menerusi sebuah podcast, seorang aktor mendedahkan dia berkecil hati dengan aktres senior ketika mula memasuki industi hiburan kerana sikap pelakon tersebut yang didakwa sombong.

    MENARIK:  Mawi Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni – ‘Cuma Saya Pesan Dekat Cahaya Jadi Artis Yang Baik’

    Walaupun tidak menyebut nama, namun rata-rata warganet mengaitkan isu berkenaan dengan Julia.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah