27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ara Johari Beli ‘Alphard’ Bukan Untuk Berlagak – ‘Selalu Show Luar KL, Perlu Kenderaan Selesa’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ara Johari menjelaskan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard Executive Lounge baru-baru ini, bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ara Johari ‘Tarik’ Sambil Duduk, Netizen Terpukau Dengar Nota Tinggi – ‘Memang Power Suara Dia’

    Keselesaan

    Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, memberitahu, kenderaan itu menjadi pilihannya kerana faktor keselesaan dan keperluan harian sebagai artis yang kerap menjelajah ke banyak lokasi.

    Kata Ara, keputusan membeli MPV itu dibuat setelah mempertimbangkan kos sewaan yang selama ini ditanggung setiap kali menghadiri persembahan luar kawasan terutama yang jauh dari ibu kota.

    Saya beli MPV bukan sebab nak bermegah. Ini keperluan untuk kerja. Saya dan pasukan selalu ‘show’ luar Kuala Lumpur seperti Johor, Pulau Pinang, jadi kami perlukan kenderaan yang selesa.

    Sebelum ni saya hanya sewa kenderaan setiap kali keluar daerah, tapi bila kira semula, lebih baik beli sendiri kerana kosnya lebih kurang sama. Lagipun MPV ni bukan saya beli tunai, masih berhutang dengan bank.

    Ara berkata demikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Festival Tentang Cinta, pada Isnin.

    Tambah pelantun lagu Bunga itu, keputusan membeli kenderaan tersebut sebenarnya sudah lama difikirkan, malah dia pada awalnya merancang untuk memilikinya pada hujung tahun ini, namun rezeki datang lebih awal.

    Saya memang sangat teliti bab duit. Malah saya ada ‘finance’ yang tegas uruskan kewangan saya. Gaji bulanan saya tetap macam orang lain, tak besar pun. Duit ‘show’ pula semua masuk akaun syarikat.

    Saya bukan jenis ‘shopping’ ikut hati. Kadang-kadang sebulan sekali baru saya beli sesuatu. Itu pun saya akan utamakan perkara penting dulu.

    Rancangnya nak beli hujung tahun, tapi ada rezeki lebih, jadi niat yang sudah lama disimpan itu kita tunaikan lebih awal. Apa pun semua ini rezeki dari Allah.

    Dalam perkembangan lain, Ara kini sedang giat menjalani latihan sempena Konsert Festival Tentang Cinta yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 9 Ogos ini.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Pilihan Di Tangan Anda Untuk Beli Atau Tidak’ – Alif Satar Akui Sukar Untuk Usahawan Berniaga Dengan Harga Barang Tak Menentu

    Konsert tersebut turut menampilkan nama-nama besar seperti Hael Husaini, Adira Suhaimi, Ziva Magnolya, Andmesh Kamaleng dan Mary Grace, menjanjikan malam yang penuh magis buat peminat muzik dari Malaysia dan Indonesia.

    The post Ara Johari Beli ‘Alphard’ Bukan Untuk Berlagak – ‘Selalu Show Luar KL, Perlu Kenderaan Selesa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah