27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita ‘Spill The Tea’ Kongsi Video Cium Pipi, Mengaku Sebagai Kekasih Aliff Aziz Sejak Januari 2024

    Shopee Sale



    Nama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasih aktor itu.

    ‘Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz’

    Menerusi perkongsian di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta dengan suami kepada Bella Astillah itu sejak Januari lalu. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

    Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Betul, apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tak berhak dituduh keseorangan begitu kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji.

    Ujar Sarah lagi, dia dan Aliff mula berkawan rapat dan sering berhubung di laman sosial kerana aktor itu sering mengadu tentang hubungannya dengan isteri, Bella Astillah yang dikatakan berada dalam keadaan kurang baik.

    Dia selalu minta nasihat dan sokongan moral daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approch untuk bercinta dengan Aliff.

    Pada Februari 2024, saya dan Aliff merancang untuk berjumpa di Malaysia selama seminggu (perjumpaan saya dan Aliff adalah sebelum Aliff memulakan penggambaran drama Terjerat bersama pelakon wanita terbabit.

    Malah Sarah mendakwa sepanjang penggambaran, hubungannya dengan Aliff dikatakan masih rapat sehinggalah pada hari Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat.

    Semasa hari itu berlaku, saya berada di Kuala Lumpur sepatutnya Aliff berjumpa dengan saya pada malam itu. Tapi Aliff diamkan diri sehinggalah berita mengenai dia keluar di media sosial dan membuatkan saya terkejut.

    Sarah akui pada awalnya dia mempercayai kata-kata Aliff selepas penyanyi itu menceritakan kejadian sebenar yang berlaku sehinggalah pada suatu hari dia terbaca perbualan Aliff dengan Ruhainies.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Bangga Anak Dapat ‘Straight A’, Netizen Komen Boleh Jadi Ustaz – ‘Baru Betul Syaikhul Islam, Subjek Agama 100%’

    Posting Sarah Yasmine

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah