28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jiggy Masin Berang Individu ‘Edit’ Foto Isteri Jadi Tidak Senonoh, Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Ada Dua Gambar’

    Shopee Sale



    Pelawak dan pelakon, Jiggy Masin meluahkan rasa marah apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar isterinya, Nur Dhabitah Sabri yang juga atlet terjun negara menjadi tidak senonoh.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Menang 2 Pingat Di Asian Games, Dhabitah Sabri Ucap Terima Kasih Pada Suami – ‘Dia Penyokong No.1 Saya’

    Artikel berkaitan: Bimbang Dengar Kes Rumah Tangga, Jiggy Ingat Pesan Dhabitah

    Nekad ambil tindakan undang-undang

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Jiggy berkata, dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sanggup menyunting dan memuat naik foto tidak senonoh Dhabitah sehingga menarik perhatian ramai.

    Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan.

    Sanggup menyunting dan memuat naik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara.

    Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

    Menurut Jiggy, dia akui terkilan apabila ada pihak yang sanggup menghina sehingga mengaibkan isterinya.

    Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.

    Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya.

    Malah, tindakan yang diambil adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada pengguna media sosial untuk tidak sewenang-wenangnya bersikap keterlaluan.

    MENARIK:  Program Anak Kita: Usaha Tingkatkan Pencapaian & Semangat Murid Hadapi SPM

    Terdahulu, Dhabitah berjaya melayakkan diri ke final acara 3 meter di Aquatic Centra pada Sukan Olimpik Paris 2024 namun tidak berjaya membawa pulang pingat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah