Bintang global Blackpink iaitu Jennie Kim sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila membeli sebuah bangunan mewah di kawasan elit Dongbinggo-dong, Yongsan-gu, dengan nilai mencecah ₩20.0 bilion KRW (kira-kira RM54 juta).
Artikel Berkaitan: Jennie Blackpink Tubuh Syarikat Untuk Urus Perjalanan Karier Solo, Netizen Tanya – ‘Ada Kerja Kosong Tak?’
Beli secara tunai?

Menurut laporan industri perbankan pelaburan (IB) dan hartanah pada 11 Februari, transaksi tersebut sebenarnya telah dilakukan pada Mei tahun lalu, dengan proses pindah milik selesai sepenuhnya pada Disember tahun sama.
Apa yang lebih mengagumkan, tiada sebarang rekod pinjaman atau cagaran pada dokumen hartanah tersebut.
Hal ini menguatkan andaian bahawa Jennie telah membeli bangunan tersebut secara tunai tanpa melibatkan sebarang pinjaman bank.
Difahamkan, bangunan yang berkeluasan 595 meter persegi itu dibina pada tahun 1970 dan kini merupakan lokasi bagi Kedutaan Iraq di Korea Selatan.
Terletak di bahagian utara Dongbinggo-dong, kawasan tersebut terkenal sebagai pusat penempatan kedutaan asing dan kediaman diplomatik yang eksklusif.
Pakar hartanah menyifatkan tindakan Jennie sebagai langkah pelaburan yang bijak memandangkan kawasan tersebut sedang mengalami fasa pembangunan pesat.
Sebelum ini, Jennie telah menyewa sebuah bangunan di Hannam-dong untuk dijadikan ibu pejabat agensi miliknya, Odd Atelier (OA), dengan kos sewa bulanan yang dilaporkan mencecah RM200,000 sebulan.
Selain itu, pada tahun 2023, Jennie juga telah membeli sebuah vila mewah di UN Village secara tunai dengan harga RM16.6 juta.
Sumber: Koreaboo
The post Jennie Blackpink Beli Bangunan Mewah Bernilai RM54 Juta Secara Tunai first appeared on OHBULAN!.





