Pelakon Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu foto di akaun Threads miliknya.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Didakwa Temui Teman Istimewa Baharu, Ini Sorotan Kisah Cinta Bersama Deretan Bekas Kekasih
Artikel Berkaitan: Saling ‘Unfollow’ Di Instagram, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Lagi?
Foto Jefri Nichol curi perhatian

Foto siluet di tepi pantai itu memaparkan dua figura berdiri membelakangi kamera, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai spekulasi apabila netizen mendakwa foto tersebut seolah-olah menampakkan bayangan tubuh Jefri dari sisi belakang.
Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya identiti individu dalam foto serta maksud di sebalik visual tersebut.
Lebih mencuit hati apabila ruangan balas dibanjiri pengguna yang meninggalkan komen dalam dialek Kelantan seolah-olah Jefri memahami apa yang mereka maksudkan.
Difahamkan, mereka sengaja berseloroh menggunakan dialek negeri itu memandangkan bekas kekasih Jefri iaitu personaliti media sosial, Ameera Khan berasal dari Kelantan.
Komen netizen


Sumber: Threads Jefri Nichol
The post Jefri Nichol ‘Belanja’ Foto Tepi Pantai, Netizen Komen – ‘Bakpo Gini Baby Tokseyy’ first appeared on OHBULAN!.





