Pelakon meningkat naik, Jazmy Juma berkongsi tentang sambutan Aidilfitri yang diraikan bersama keluarganya pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Benda Boleh Disentuh Apabila Melibatkan Hal Peribadi’ – Jazmy Juma
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Hilang Sabar, Mohon Hormati Kehidupan Peribadi – ‘Saya Terpaksa Bersuara’
Sambutan raya

Ketika ditemui , pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu berkata, keluarganya tidak mempunyai sebarang tradisi yang khusus, namun mereka lebih gemar meraikan Hari Raya secara santai dan mengikut keadaan semasa.
Raya saya tahun ini dengan keluarga insyaAllah. Kami tak ada sebarang tradisi yang khusus.
Selalunya akan berubah-ubah, maksudnya bila Hari Raya memang kami akan cuba macam-macam benda.
Tapi juadah yang tak boleh saya tinggalkan sewaktu raya adalah lemang. Raya mesti kena ada lemang dan keluarga.
Menurut Jazmy, dia juga terbuka dan tidak ada masalah untuk menjawab soalan-soalan tentang jodoh jika ditanya oleh saudara-mara atau kenalannya ketika bertemu mereka pada Hari Raya nanti.
Itu normal. Saya okay sahaja kalau ditanya soalan-soalan sebegitu. Saya terbukalah…saya okay sahaja untuk menjawab.
Masih dengan siapa, masih bahagia ke tak bahagia, sihat ke tak sihat… saya okay.
Semasa disoal bersedia atau tidak untuk membawa kekasih pulang ke kampung, Jazmy mengakui teringin untuk mengajak teman wanitanya meraikan raya bersama.
Ya, saya teringin sangat (bawa kekasih beraya), berhubungan kan ‘best’.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Kerana Cinta Itu Dusta tersebut memaklumkan bahawa dia akan kembali aktif ke set penggambaran selepas selesai cuti perayaan ini.
Projek dan lakonan akan bersambung selepas raya, insyaAllah. Hari raya ini pihak produksi dan kru pun nak cuti, jadi Alhamdulillah dapat raya.
The post Jazmy Juma Dah ‘Ready’ Jawab Soalan Tentang Jodoh, Akui Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung first appeared on OHBULAN!.





