Pengacara dan pelakon, Roslan Shah tampil menjelaskan bahawa kehadiran Mass Factor dalam program Night Walk terbitan Mangobossku adalah bagi memenuhi permintaan individu berkenaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Roslan Shah Tutup DSV Dengan Plastik Hitam Bikin Netizen Berdekah – ‘Tak Jadi Nak Takut, Sakit Perut Gelak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adi Putra Join Roslan Shah Sertai Aktiviti Paranormal, Netizen Risau – ‘Tolong Jangan Rosakkan Dia’
Memenuhi permintaan

Ketika ditemui , Roslan yang mesra disapa Cik Lan memberitahu bahawa penglibatan Mass dalam segmen tersebut membuatkannya lebih berhati-hati, memandangkan status individu itu sebagai orang kelainan upaya (OKU).
Mengulas lanjut, Cik Lan mengakui dia dan Mangobossku pada mulanya berasa ragu-ragu untuk melibatkan Mass atas faktor keselamatan dan kesihatan.
Saya tidak pernah tawarkan kepada dia untuk buat night walk itu tetapi dia yang mahu mencuba sendiri. Saya hanya menghormati dia.
Bagi saya, kita tidak boleh pandang remeh terhadap OKU, mereka juga adalah manusia biasa.
Saya juga menetapkan syarat, boleh pergi bersama tetapi saya tidak boleh sentuh dia.
Cik Lan berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media acara OHBulan! Paling Viral Online yang diadakan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Malah, status Mass sebagai wanita juga membuatkan mereka bimbang akan mengundang sebarang salah faham atau kecaman daripada orang ramai.
Apabila banyak sangat reaksi dan juga tawaran yang dibuat kerana dia nak sangat buat night walk untuk mencabar diri, produser pun berikannya peluang.
Ada yang kecam dan ada yang suka, tetapi bagi saya ini adalah rezeki dia. Bayaran yang diberi adalah sebanyak 2,000 SGD dan ia dilakukan di tanah perkuburan India.
Sebelum ini, Cik Lan menerima tentangan hebat daripada orang ramai kerana mengambil individu kontroversi untuk menunggang isu.
The post [VIDEO] Penglibatan Mass Factor Atas Permintaannya Sendiri’ – Roslan Shah Nafi Tunggang OKU Demi Raih Tontonan first appeared on OHBULAN!.





