Bulan Ramadan sering kali dianggap sebagai bulan transformasi diri. Namun, bagi segelintir perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar di siang hari, sebaliknya ia bermula pada saat azan Maghrib berkumandang.
Bulan terbaik berhenti merokok

Baru-baru ini, Dr. Che Hafiz melalui hantarannya di aplikasi Threads mengingatkan orang ramai agar tidak terus merokok sebaik sahaja berbuka puasa.
Hal ini kerana, setelah seharian menahan lapar dan minum, badan seseorang akan berada dalam keadaan kekurangan cecair dan tenaga.
Oleh itu, tindakan ‘berbuka’ dengan rokok boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Julia Farhana ini berpendapat bahawa bulan Ramadan sebenarnya adalah waktu yang terbaik untuk perokok mengambil peluang berhenti sepenuhnya.
Sumber: Threads Dr Che Hafiz
The post ‘Jangan Terus Merokok Waktu Berbuka, Rosak Badan Nanti’ – Dr Che Hafiz first appeared on OHBULAN!.





