Pendakwah bebas, PU Amin menyelar tindakan segelintir individu yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.
Artikel Berkaitan: PU Amin Berang Kenyataan Pereka Fesyen Sentuh Isu Mahram Aktivis GSF – ‘Mana Hati Perut Kau? Tak Ada Permohonan Maaf’
Artikel Berkaitan: ‘Rahmat Cerita Isr**l Tahu Gerak Kerja Saya & Dia’ – PU Amin
Tunggang agama

Menerusi perkongsian di Threads, Amin meminta orang ramai supaya tidak menyokong mana-mana individu yang mahu meraih keuntungan dengan menunggang agama.
Dalam masa yang sama, Amin menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah salah dan perlu dihentikan.
Jangan support geng merayu gift tiktok dengan cara guna jalan agama, baca ayat baca doa mintak gift, kotor betul cara begitu.
Jangan normalisasikan perkara buruk seperti ini. Nak tahlil kena bagi topi satu. Jauh menyimpang dah ni.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Amin dan menyifatkan tindakan tersebut seperti mengemis.
Selain itu, warganet juga meluahkan rasa bimbang dengan perbuatan tersebut yang didakwa boleh memberi pandangan negatif terhadap agama Islam.
Sumber: Threads PU Amin
The post ‘Jangan Support Geng Merayu Gift Di TikTok Guna Cara Agama’ – PU Amin first appeared on OHBULAN!.





