28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn

    Shopee Sale

    Penyanyi kelahiran Indonesia, Allan Andersn meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap tragedi menyayat hati yang menimpa pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Restoran Tok Keramat Di Jitra Tawar RM30k Kepada Pemberi Maklumat Kes Arwah Zara Qairina

    ‘Justice For Zara’

    Allan, 34, berkata sebagai seorang manusia, dia amat terkesan dengan perkembangan kes tersebut yang hangat mendapat perhatian seluruh negara.

    Penyanyi itu berharap, keadilan buat arwah Zara dapat ditegakkan dan pelaku diberikan hukuman setimpal.

    Jujur, saya sangat prihatin dan berduka dengan kejadian yang menimpa adik Zara Qairina. Saya sangat sedih melihat membaca dan melihat perkembangan kes mengenai arwah.

    Saya berharap keadilan dapat ditegakkan dan si pembuli akan dapat ditangkap. Situasi yang berlaku kepada arwah sangat menyeramkan.

    Allan berkongsi pandangan itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya ‘Seakan Ku Tak Ada’ yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Buli alam maya

    Mengulas lanjut mengenai isu buli yang semakin membimbangkan, Allan menegaskan gejala tersebut kini bukan lagi terhad secara fizikal, sebaliknya turut berlaku secara agresif di alam maya.

    Pada pendapat saya tentang buli, gejala ini bukan hanya melibatkan sentuhan fizikal seperti pukul, tetapi juga dalam pelbagai bentuk seperti difitnah dalam media sosial yang boleh membunuh karakter seseorang.

    Saya juga sebelum ini sempat menyatakan pandangan di Instagram, saya beritahu “jangan nyatakan justice for Zara kalau kamu sendiri seorang ‘keyboard warior’ (pembuli siber)”.

    Ada yang tak kena dengan orang lain sibuk nak komen, tudung senget pun nak komen, badan dan fizikal orang sibuk juga nak komen.

    Justeru, menurut Allan, masyarakat perlu lebih beradab dalam menyampaikan teguran dan belajar menerima perbezaan antara satu sama lain serta percaya semua agama menganjurkan nilai kasih sayang dan kebaikan.

    Kenapa kita tidak boleh menerima kekurangan dan meraikan sahaja kelebihan orang lain. Kerana setiap manusia sifatnya berbeza, kita tidak sama.

    Masih ada orang yang bersembunyi di sebalik sosial media untuk mengecam orang lain, tolong berhenti buat perkara itu. Cara menegur bukan dengan komen jahat, ada cara yang baik.

    Saya juga percaya semua agama mengajar kita untuk melakukan kebaikan, kalau nampak orang lain berpakaian aneh jangan disamakan dengan binatang.

    The post ‘Jangan Nyatakan Justice For Zara Kalau Kamu Sendiri Pembuli’ – Allan Andersn first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Tular Video Fattah Amin Utamakan Solat Ketika Rakam Lagu, Netizen Puji Didikan Ibu Ayah – ‘Ubat Segala Kepenatan Dunia’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah