32 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Marah Anak Lelaki Awak, Sis Dah Memang Level Mak Cik’ – Sheila Rusly

    Shopee Sale

    Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly berkongsi pengalaman lucu apabila bertemu seorang ibu dan anak di pusat membeli-belah sehingga menarik perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahanam..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Duduk Jakarta’ – Sheila Rusly

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Suap Menantu Makan, Netizen Gelar Sheila Rusly ‘Mentua Dari Syurga’

    ‘Panggil aunty’

    Menerusi perkongsian di Threads, Sheila berkata kejadian berlaku ketika dia sedang beratur untuk membayar pakaian di salah sebuah jenama terkenal.

    Masa beratur dekat kaunter Uniqlo ada seorang lelaki (umur remaja) bersama ibunya depan saya.

    Tiba-tiba lelaki itu panggil saya ‘mak cik’. Dia beritahu, ‘mak cik kaunter sebelah kosong’.

    Ibu dia marah cakap kenapa panggil ‘mak cik’, patutnya panggil aunty.

    Kata Sheila, dia tidak mengambil peduli dengan apa sahaja panggilan yang diberikan kepadanya.

    Saya senyum saja, nak panggil nenek pun okay. Ibu lelaki itu masih marah lagi cakap, ‘lain kali panggil aunty’.

    Aunty dengan mak cik tu kan sama.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai terutamanya ibu kepada anak lelaki itu.

    MENARIK:  Romantic Echoes Hadiahkan Persembahan Solo Pertama Buat Peminat Di Malaysia Februari Depan

    Memang dah level ‘acik’

    Wanita itu memohon maaf kepada Sheila atas anaknya yang dikatakan tidak beradab kerana memanggilnya ‘mak cik’.

    Bagaimanapun, Sheila menyatakan dia sememangnya sudah berusia dan berada pada tahap mak cik

    Sementara itu, kebanyakan netizen menyatakan panggilan ‘aunty’ lebih sopan dan berkelas berbanding ‘mak cik’.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Marah Anak Lelaki Awak, Sis Dah Memang Level Mak Cik’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah