Selepas kejayaan di Nyala Fest tahun lalu, kumpulan indie popular dari Indonesia, Romantic Echoes, bakal mengadakan konsert solo pertama mereka di Malaysia.
Artikel Berkaitan: Nyala Fest 2024 Gabung Artis Malaysia & Indonesia Sepentas, Bakal Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil 30 November Ini
Artikel Berkaitan: ‘Rahsia Tuhan’ Buat Pengunjung Mengalir Air Mata, Gerimis Pula Iringi Nyanyian Bernadya Di Nyala Fest 2024
18 buah lagu

Konsert itu adalah bersempena dengan ‘Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia’ yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Februari 2026.
Menurut Azreel Azhar sebagai jurucakap penganjur dan pengurus projek, penganjuran showcase ini dibuat susulan permintaan luar biasa daripada peminat tempatan yang telah lama menantikan persembahan dari Romantic Echoes.
Persembahan Romantic Echoes mendapat sambutan hangat sempena Nyala Fest pada penghujung November 2024.
Justeru, ia menjadi pemangkin untuk pihak Neptunes Presents menganjurkan persembahan Romantic Echoes secara solo untuk memenuhi permintaan peminat tempatan.
Neptunes Presents dan pengurusan Romantic Echoes kini bertungkus lumus untuk menyajikan persembahan malam yang luar biasa disulami dengan elemen kejutan buat peminat.
Azreel turut memaklumkan bahawa kumpulan indie tersebut dijangka akan mempersembahkan 18 buah lagu daripada empat album utama mereka, termasuk beberapa karya yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini.
Antara lagu popular yang bakal didendangkan adalah ‘Persembahan Dari Masa Lalu’, ‘Paradisa’, ‘Amarah’, ‘Gaung Asmara’ dan ‘Yang Kau Hindari Terjadi’.
Dari segi kelainan, pastinya persembahan solo yang pertama Romantic Echoes di Malaysia akan menampilkan elemen dan konsep yang berbeza dari persembahan sebelum ini khususnya buat peminat dan kelab peminat mereka yang dikenali sebagai Divisi Romantis.
Konsert ini akan menjadi suatu momen yang akan meninggalkan kenangan indah bersama kerana persembahan diadakan di Zepp KL, iaitu sebuah pentas yang tidak asing lagi buat peminat tempatan.
Romantic Echoes dengan peminatnya di Malaysia hanya berkomunikasi di platform media sosia, sebab itu Romantic Echoes tidak sabar untuk mengadakan persembahan solo pertama di sini.
Hubungan erat Romantic Echoes dan peminatnya di Malaysia iaitu Divisi Romantis Malaysia hanya
berkomunikasi di platform media sosial sebab itu Romantic Echoes juga tidak sabar untuk mengadakan persembahan solo pertama di sini.
Terdahulu, Romantic Echoes pernah berkongsi pentas bersama pemuzik tempatan iaitu Fugo dan muncul di beberapa acara muzik berskala besar seperti Sound Circus yang dianjurkan oleh Art of Speed.
Bagi menambahkan kemeriahan pada malam tersebut, artis tempatan Midnight Fusic turut dijemput hadir untuk membuat persembahan pembuka tirai konsertnya itu.
Penjualan tiket bagi menyaksikan showcase ini, telah mula dijual kepada umum bermula 30 Disember dan boleh didapati menerusi platform Ticket Empire di laman web ticket empire.
The post Romantic Echoes Hadiahkan Persembahan Solo Pertama Buat Peminat Di Malaysia Februari Depan first appeared on OHBULAN!.





