27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Cuba Masuk Alam Poligami Kalau Tak Kuat’ – Bekas Isteri Kedua Nasihat Wanita Fikir Masak-Masak Sebelum Bermadu

    Shopee Sale

    Tular di media sosial, seorang wanita yang pernah bergelar isteri kedua menasihatkan golongan wanita agar tidak terburu-buru membuat keputusan untuk memasuki alam poligami tanpa persediaan mental dan emosi yang kuat.

    Artikel Berkaitan: Kerap Sembang Topik Poligami Masa Baru Kahwin, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Bahagia Bersama 3 Isteri – ‘Saya Sendiri Cari Calon’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keputusan Poligami Perlu Harmoni, Jangan Lakukan Dengan Cara Tidak Baik’ – Ashraf Muslim

    ‘Jangan cuba-cuba…’

    Bercerita berdasarkan pengalaman, wanita itu berkata sebelum berkahwin dia menyangka dirinya mampu mengawal perasaan cemburu.

    Bagaimanapun, segalanya berubah selepas tinggal sebumbung dan melalui kehidupan berumah tangga secara bergilir.

    Sebagai bekas isteri kedua selama 6 tahun, saya nasihatkan para para wanita jangan lah cuba untuk masuk ke alam ini kalau tak kuat.

    Jangan rasa pun awak boleh hadap sebab sebelum masuk ke dunia tu rasa memang tidak akan cemburu dan sedih. sebab dah tahu dia ada isteri pertama.

    Tetapi lepas duduk serumah, awak akan jadi tamak sebab sifat kita nak menempel dengan suami 24 jam.

    Mulalah keluar segala syaitan dan jin dan percayalah layanan istimewa itu masa belum kahwin dua atau tiga bulan selepas itu.

    Bercerita lanjut, wanita itu berkata sikap suami akan mula berubah apabila timbul perasaan bersalah terhadap isteri pertama.

    MENARIK:  Anak Belum 16 Tahun Tapi Dah Ada Media Sosial Kerajaan Cadang Had Umur Baharu Demi Lindungi Generasi Muda!

    Menurutnya, ujian sebenar buat isteri kedua bermula apabila suami mula memberi perhatian lebih dengan cuba mengambil hati dan menenangkan perasaan isteri pertama.

    Katanya, segala kesakitan dan drama yang dilalui tidak berbaloi, dan atas sebab itu dia mengambil keputusan untuk membina kehidupan baharu dengan mendirikan perkahwinan lain.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Cuba Masuk Alam Poligami Kalau Tak Kuat’ – Bekas Isteri Kedua Nasihat Wanita Fikir Masak-Masak Sebelum Bermadu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah