25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaguh Angkat Berat Malaysia, Che Mohd Azrol Meninggal Dunia

    Shopee Sale



    Bekas atlet sukan angkat berat Malaysia, Che Mohd Azrol Che Mat disahkan meninggal dunia Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, pada Jumaat malam.

    Salam takziah

    Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham Che Azrol menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 45 tahun akibat serangan jantung selepas sepuluh hari dimasukkan ke hospital.

    Mengikut laporan, arwah abang saya juga dijangkiti kuman dalam paru-paru selain kegagalan buah pinggang yang dihidapinya sejak sembilan tahun lalu.

    Difahamkan, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kecil lebih kurang jam 9.30 malam tadi.

    Saya (Suraya) bagi pihak keluarga Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana urusan pengebumian arwah abang berjalan lancar dan prosesnya juga begitu cepat.

    Untuk info, Allahyarham pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangasa selepas meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA di Vietnam 2003 dan Filipina 2005.

    Allahyarham juga merupakan jaguh Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) selain pernah berkhidmat dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sebagai jurulatih pembangunan angkat berat pada tahun 2017.

    MENARIK:  Permohonan Doa Hajar Hanif untuk Menemui Jodoh yang Bertanggungjawab

    Terdahulu pada tahun 2015, Allahyarham yang sebelum itu juga bergelar jurulatih di MSNT terpaksa berhenti kerja selepas dijangkiti kencing tikus.

    Pada tahun 2017, Allahyarham pernah menerima rawatan di HSNZ kerana masalah jangkitan kuman dalam paru-paru selain mengalami masalah buah pinggang, hati dan limpa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah