Pendakwah bebas, Jafri Mahmoodi tampil berkongsi kunci utama buat umat Islam mendapatkan malam Lailatul Qadar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Jafri Mahmoodi Beri Panduan Qada Solat Fardhu Semasa Tarawih – ’20 Rakaat, Boleh Selesai 10 Solat Fardhu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlakuan Kamu Mesti Selari Dengan Niat’ – Ustaz Jafri Mahmoodi Tegur Wanita Berniqab Hias Mata
Malam Lailatul Qadar
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Jafri menyatakan kunci utama adalah dengan menjaga solat isyak dan subuh secara berjemaah.
Tambah Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmud, cara untuk memperoleh malam Lailatul Qadar memerlukan seseorang itu menghidupkan malam dengan qiamulail tanpa mengabaikan kunci utama yang telah ditegaskan.
Solat isyak dan subuh berjemaah. Itu antara kunci paling awal.
Nabi menyebutkan siapa yang solat isyak secara berjemaah maka pahala baginya seperti dia berqiamulail separuh malam dan siapa yang solat subuh secara berjemaah maka pahala baginya seperti berqiamulail seluruh malam.
Nak dapat lailatul qadar kena qiamulail.
Maka siapa yang jaga isyak dan subuh berjemaah ini, kalau malam itu lailatul qadar, nescaya dia sudah melalui dan dapat manfaat daripada malam penuh rahmat itu.
Dalam pada itu, Ustaz Jafri sempat menitipkan pesanan agar umat Islam meneruskan rutin berjemaah walaupun selepas tamat bulan Ramadan.
Rugi sangat kalau terlepas kunci utama ini. Tolong jaga sampai akhir Ramadan dan sambung lepas daripada Ramadan.
Sumber: TikTok @jafrimahmoodi_official
The post Jafri Mahmoodi Kongsi Kunci Utama Malam Lailatul Qadar – ‘Rugi Kalau Terlepas, Tolong Jaga Sampai Akhir Ramadan’ first appeared on OHBULAN!.





