28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jacob Hormat Orang, Negara Kehilangan Pakar Ternusu Tempatan’ – Boss Susu

    Shopee Sale

    Pemergian Pengarah Ladang Farm Fresh Berhad, Jacob Mathan yang maut dalam nahas helikopter di Filipina pada Selasa ternyata memberi kesan mendalam kepada Ketua Pegawai Operasi Kumpulan syarikat berkenaan, Azmi Zainal.

    Artikel Berkaitan: ‘Semalam Birthday Aizad, Baru Nak Makan Kek Sama-Sama’ – Perkongsian Anak Mangsa Nahas Helikopter Terhempas Undang Sebak

    ‘Negara kehilangan pakar ternusu’

    Azmi atau mesra disapa Boss Susu menyifatkan mendiang sebagai seorang individu yang berperibadi baik, mudah didekati serta menghormati orang sekeliling.

    Jacob seorang anak muda yang handsome dan cukup beradab, sentiasa hormat pada semua orang. Pertuturannya teratur, lembut dan mudah bergaul dengan sesiapa pun.

    Aku selalu bergurau dengan dia, ‘Jacob kau ni handsome macam Hrithik Roshan, tapi tu dulu lah, sekarang kau dah gemuk beb’.

    Aku dengan Jacob selalu bergurau pasal berat badan sebab dulu aku dengan dia sama-sama kurus.

    Dalam pada itu, Boss Susu menyifatkan pemergian Jacob sebagai kehilangan besar buat syarikat dan negara.

    Bagi aku dan Farm Fresh, pemergian Jacob satu kehilangan besar. Negara juga kehilangan seorang pakar tenusu tempatan.

    Perkongsian itu dimuat naik menerusi satu hantaran panjang di laman Facebook miliknya yang turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangan rakan sekerja yang disifatkan sangat berdedikasi terhadap tugasnya.

    MENARIK:  Jamal Abdillah Lega Isteri Sedang Hamil Bebas Penyakit Jantung, Berhasrat Nak Dapat Anak Perempuan

    Dalam hantaran sama, Boss Susu turut berkongsi detik dia menerima berita menyedihkan mengenai nahas yang menimpa Jacob.

    Terdahulu, Farm Fresh mengesahkan Jacob, 35, terkorban dalam nahas helikopter yang berlaku di Pililla, Wilayah Rizal, Filipina pada pagi Selasa.

    Pengerusi syarikat itu, Tuan Chua Tee Yong berkata, Jacob disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi selepas helikopter yang dinaikinya terhempas ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah tapak ladang di negara berkenaan.

    Penerbangan yang pada awalnya dijangka sebagai perjalanan biasa bertukar menjadi tragedi selepas helikopter tersebut dilaporkan mengalami masalah enjin sebelum terhempas.

    Sumber: Facebook

    The post ‘Jacob Hormat Orang, Negara Kehilangan Pakar Ternusu Tempatan’ – Boss Susu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah