
Kes penceraian pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri ditangguhkan pada 5 Mei depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Lafaz cerai

Ketika ditemui, Hidayah yang diwakili peguam syarie iaitu Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata Edika dibenarkan mahkamah untuk melafazkan cerai pada tarikh itu.
Seperti sedia maklum, hari ini adalah kes permohonan cerai yang mana secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai pada pihak Nor Hidayah tetapi disebabkan dia tidak suci hari ini, jadi mahkamah menangguhkan kepada 5 Mei depan.
Pada tarikh itu, Edika perlu hadir ke mahkamah untuk melafazkan cerai.
Mohd Yazid berkata demikian ketika ditemui di mahkamah selepas tamat prosiding sebutan kedua kes penceraian pasangan tersebut.
Ada 10 dakwaan

Dalam pada itu, Mohd Yazid memaklumkan terdapat 10 dakwaan yang disertakan oleh Hidayah sebagai sebab permohonan cerai dibuat.
Namun, dakwaan tersebut tidak boleh didedahkan kerana boleh mengaibkan.
Kita sudah bentangkan fakta-fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai ini sama ada wajar atau tidak pihak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya.
Selepas fakta itu dibentang dan dakwaan itu dijawab oleh Edika. Mahkamah turut memanggil anak sulungnya untuk memberi keterangan terhadap setiap dakwaan Nor Hidayah terhadap Edika.
Mahkamah pun menerima setiap keterangan dan alasan Nor Hidayah dan suka saya nyatakan mahkamah menerima alasan yang paling kritikal dalam rumah tangganya yang sudah berlalu selama lebih 20 tahun.
Ia sepatutnya sudah diselesaikan tapi disebabkan Nor Hidayah bermurah hati demi menjaga maruah keluarga. Sampai sekarang barulah dia ada ketabahan atau kerelaan untuk memohon. Ini pun kerana dia sudah tidak tahan sangat.
Ada lebih kurang 10 dakwaan dan kalau saya bentangkan di sini, akan mengaibkan dan dakwaan semua itu adalah yang paling kritikal dan boleh mencemarkan maruah Nor Hidayah sebagai isteri.
Wajar failkan penceraian

Berikutan itu, Mohd Yazid berkata tindakan Hidayah memfailkan cerai wajar kerana dia sudah menerima pelbagai kecaman dari pihak-pihak yang menyalahkan dirinya.
Dakwaan ini semua disaksikan oleh anaknya dan menyokong dakwaan Nor Hidayah.
Jadi ketidaksefahaman adalah hanya ‘surface’ saja, ada sembilan dakwaan yang kritikal lagi.
Terdahulu, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Nor Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu.
Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.
Sebelum ini, pelakon filem Maria Mariana mendapat perhatian ramai kerana berpenat lelah menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.





