Pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa berkongsi barang-barang bayi yang dibeli untuk menyambut kelahiran cahaya mata keduanya tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Luangkan Masa Di Rumah, Tak Mampu Uruskan Hal Kerja & Keluarga Serentak’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Check Up Baby, Lunara Akan Dengar Degupan Jantung Adik.. Dia Pun Suka Pegang Perut Saya’ – Intan Najuwa
Barang-barang bayi
Menerusi hantaran di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, memuat naik video dia sedang membuka barang-barang bayi daripada beberapa jenama terkenal.
Antara barang-barang tersebut adalah botol susu, selimut, bantal dan krim badan.
Unboxing barang adik Lunara!
Tidak dapat ke luar negara

Menjengah ke ruangan komen, seorang warganet bertanya kepada Intan sama ada dia keluar negara untuk membeli barangan bayi atau tidak.
Menurut pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu, dia hanya membeli barangan tersebut secara atas talian susulan keadaan diri yang tidak mengizinkannya untuk ke luar negara.
Kehamilan kali ini saya tak dapat lepas dari doktor atas sebab tertentu.
Jadi kena beli online.
Terdahulu, sekitar Februari lalu Intan mengumumkan bakal menimang zuriat yang kedua menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.
Sumber: TikTok
The post Intan Najuwa Tak Dapat Terbang Ke ‘Overseas’ Beli Barang Bayi – ‘Kali Ini Doktor Tak Lepas, Kena Beli Online’ first appeared on OHBULAN!.






