26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Respon Dipertikai Guna Kerusi Roda, Perut Kembung Macam Ada ‘Baby Bump’ – ‘Agak Mengejutkan Kerana Banyak Komen Daripada Wanita’

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Intan Najuwa dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang dilihat kurang senang dengan dirinya selepas selamat bersalin baru-baru ini.

    Naik kerusi roda

    Menerusi ruangan komen di TikTok miliknya, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid menjawab persoalan warganet yang mempersoalkan tindakannya menggunakan kerusi roda ketika menjalani pemeriksaan di hospital.

    Takkan lah saya tak boleh jalan langsung. Ini dari bawah nak ke tempat check up, jenuh nak berjalan.

    Ada kerusi roda kita naiklah bagi cepat sikit. Saya hari kedua dah boleh bangun.

    Saya pun hari berikutnya dah bangun cabut catheter. Ini naik kerusi roda sebab suami saya suruh, dia risau isteri dia tiba-tiba lari 100 meter.

    Respons Intan

    Dalam pada itu, menerusi Instagram Story, aktres berusia 27 tahun tersebut kemudian tampil menjelaskan tentang keadaan dirinya yang baru sahaja bersalin dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.

    Saya baru bersalin. Saya sedang perlahan-lahan kembali menjadi diri saya semula seperti ibu-ibu lain. Ia akan ambil sedikit masa tetapi saya akan mendapatkannya.

    Pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu turut terkejut dengan sikap segelintir kaum Hawa yang sengaja meninggalkan komen sedemikian terhadapnya.

    Agak mengejutkan kerana banyak komen daripada wanita termasuk kaum ibu.

    Mengapa kita tidak boleh bersikap baik terhadap satu sama lain? Wanita seharusnya perlu saling menyokong.

    Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Kekasih Nidza Afham Belum ‘Move On’, Harap Masa Akan Mengubati – ‘Saya Bahagia Kalau Awak Bahagia, Doakan Saya Dekat Sini Okay?’

    Intan sebelum itu, mendedahkan dirinya hamil anak pertama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

    Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah