32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Nak ‘Shopping’ Barang Bayi Di Sepanyol & London, Nafi Suka Habiskan Duit Suami

    Shopee Sale



    Pelakon jelita Datin Intan Najuwa memaklumkan dia bakal terbang ke London untuk membeli barang keperluan bayi tidak lama lagi.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Mengidam Nak Makan & Tengok Mamak Tebar Roti Canai – ‘Drama Orang Mengandung Ni Yang Bukan-Bukan Je’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’

    Guna duit sendiri

    Intan yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagramnya. Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dia tidak sabar untuk berkongsi pilihannya dengan pengikut (followers) semua.

    Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.

    Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan

    Pelakon ‘Racun Rihanna’ ini turut mengakui bahawa dia sudah membeli beberapa barangan di Malaysia, manakala selebihnya akan dibeli di luar negara.

    Saya menyediakan keperluan bayi sedikit demi sedikit kerana saya akan berbelanja di London. Malah minggu depan saya juga akan ke Sepanyol untuk membeli-belah barangan bayi.

    Di samping itu, Intan turut menepis dakwaan netizen berhubung isu suka menghabiskan wang suami, Datuk Ahmad Azraf Azman.

    Bagi sesiapa yang tertanya-tanya dan berfikir bahawa saya selalu guna duit suami, tolong fikir semula dan simpan perkara ini dalam pemikiran korang.

    Saya ada duit dan pendapatan sendiri. Saya tak perlukan dia (suami) untuk tanggung saya. Ke mana saya pergi tak kira melancong dan membeli belah, saya guna duit sendiri. Saya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah berkahwin.

    MENARIK:  Skim Masa Penggunaan (ToU) Terus Memacu Penjimatan Pelanggan Dalam Prestasi Suku Ketiga TNB 2025

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah