31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Maya Terkilan Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Dibandingkan Dengan Versi AI – ‘Saya Dah Cuba Yang Terbaik’

    Shopee Sale

    Penyanyi Intan Maya mengakui berdepan cabaran dan tekanan apabila lagu yang dibawakannya ‘Cinta Tersimpul Rapi’ sering dibandingkan dengan versi kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

    Suara dibandingkan dengan AI

    Ketika ditemui , Intan atau nama lengkapnya Intan Nurmayasari Mustapha, 21, berkata setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

    Semua penyanyi ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, sama seperti saya. Sebagai penyanyi baru, masih lagi mencari identiiti sendiri.

    Kalau dibandingkan, AI memang sempurna. Macam lagu Cinta Tersimpul Rapi, orang tak akan dengar yang salah sebab AI akan memperbaiki lagu itu sampai kadangkala jadi tak logik.

    Saya dan penyanyi lain pun cuba bawakkan lagu ini dengan baik tapi masih ada yang kata tak sama macam AI. Saya tak terima pandangan itu sebab AI sempurna manakala kita manusia.

    Intan berkata demikian ketika ditemui di Majlis Hari Raya Suria Records yang berlangsung di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    MENARIK:  Beto Kusyairy Bersyukur dan Terinspirasi dengan Semangat Amir Jahari

    Menurut Intan, perbandingan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepadanya, apatah lagi sebagai pelajar dalam bidang muzik yang memahami proses menghasilkan sesebuah karya.

    Ya saya kecil hati. Saya pula adalah pelajar bidang muzik dan tahu untuk mencipta sebuah lagu itu banyak proses. Tapi zaman sekarang, hanya di hujung jari dah boleh hasilkan laju. Apa perasaan kami yang belajar muzik?

    Kita dah sedaya upaya tapi tak dihargai dan dibandingkan.

    Dalam pada itu, Intan juga mengakui bahawa kecaman dan komen negatif di media sosial membuatkan dirinya berasa sedih sehingga mengambil masa untuk pulih.

    Saya menangis dua minggu. Kadang-kadang bila tengah kerja saya gembira tapi buka sahaja telefon nampak orang kecam. Tetapi sokongan daripada orang sekeliling menjadi kekuatan untuk saya bangkit semula.

    The post Intan Maya Terkilan Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Dibandingkan Dengan Versi AI – ‘Saya Dah Cuba Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah