28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Ladyana Harap Isu Harris Alif Dengan Pelakon Lelaki Selesai – ‘Alhamdulillah, Suami Saya Membela Isterinya’

    Shopee Sale

    Pelakon Intan Ladyana memberikan respon berhubung isu di antara suaminya yang juga pelakon Harris Alif dengan seorang aktor yang didakwa telah menghina diri dan keluarga mereka di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mulut Saja Lebih Tapi Penakut’ – Harris Alif Dedah Pasangan Lawan Tarik Diri

    Artikel Berkaitan: Harris Alif Tetap Sayang Intan Ladyana Walaupun Tak Boleh ‘Maintain’ Berat Badan – ‘Saya Cinta Dia’

    Anggap sudah selesai

    View this post on Instagram

    A post shared by INTAN LADYANA 🇵🇸 (@intanladyana)

    Ketika ditemui , Intan atau nama lengkapnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berkata, dia tidak tahu mengapa dirinya turut dikaitkan oleh aktor tersebut sebelum ini.

    Tiba-tiba dulu keluar video siaran langsung dia mengata tentang kami, saya yang tak ada kena mengena pun terpalit. Kenapa nama saya termasuk juga?

    Pada saya biar mereka selesaikan sendiri sebab mereka sama-sama lelaki. Saya duduk di tepi sahaja, takkan saya pula yang nak berlawan.

    Walau bagaimanapun, Intan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas dengan lebih terperinci malah berharap isu tersebut dapat diselesaikan.

    Saya tak boleh nak cakap lebih kerana perkara ini melibatkan orang lain.

    Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan oleh mereka berdua.

    Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama beg tangan terkenal Christy Ng X Mamee Monster yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis.

    MENARIK:  Kieda Crepe Tak Sangka Video ‘Herpes’ Menjejaskan Bisnes – ‘Saya Hanyalah Peniaga ..’

    Pertahankan keluarga

    Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit tersebut bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Harris yang bertanggungjawab untuk melindungi keluarga mereka.

    Alhamdulillah suami saya membela isteri yang telah dikecam.

    Suami saya memang begitu orangnya, apa yang melibatkan keluarga dia akan lindungi kami.

    Imbas kembali, Harris mendedahkan penglibatannya dalam acara tinju All Star Championship 2025 sebelum ini adalah disebabkan dia mahu menuntut bela bagi isteri dan ahli keluarganya selepas mengetahui aktor terbabit turut serta dalam kejohanan tersebut.

    Namun, difahamkan aktor berkenaan telah menarik diri daripada perlawanan itu.

    Bagaimanapun, sehingga kini Harris tidak mendedahkan identiti aktor yang didakwa telah melontarkan penghinaan terhadap isteri dan keluarganya.

    The post Intan Ladyana Harap Isu Harris Alif Dengan Pelakon Lelaki Selesai – ‘Alhamdulillah, Suami Saya Membela Isterinya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah