Penyanyi Aisha Retno menyorot perhatian netizen di Indonesia semasa menghadiri tayangan perdana sekuel filem Wicked: For Good di Singapura, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Berduet Dengan Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen Kagum – ‘Macam Tu Je Dia Peluk’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Sejarah Panic Attack Yang Agak Serius’ – Aisha Retno
Warga Indonesia berang
View this post on Instagram
Menerusi pemerhatian , hantaran terkini di Instagram milik pelantun lagu ‘Sutera’ telah dibanjiri komen dari warga Indonesia yang meluahkan rasa berang.
Pada hantaran tersebut, netizen Indonesia membetulkan kenyataan Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, yang menyatakan asal usul batik dari Malaysia.
Bagaimanapun, Aisha dilihat tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.
Komen




Terdahulu, Aisha dilihat memberi buah tangan dari Malaysia yang merupakan sapu tangan batik kepada dua bintang besar Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo.
Bagaimanapun, hantaran itu menyorot perhatian warga Indonesia yang menuntut asal usul batik dari negara seberang.
Sumber: Instagram @aisharetno02
The post Instagram Aisha Retno Jadi Sasaran Netizen Indonesia Gara-Gara ‘Claim’ Batik Milik Malaysia first appeared on OHBULAN!.





