28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini Cara Mudah Untuk Jimat Elektrik Di Rumah!

    Shopee Sale

    Musim sekarang ni, cuaca panas dia lain macam. Baru jalan sikit dah rasa melekit, duduk rumah pun tak selesa. Mula la kita ligat nak pasang aircond, kipas kuat-kuat, dan segala alat elektrik sebab nak rasa sejuk. Tapi dalam masa yang sama taknak bil elektrik melambung tinggi.

    Ha..kalau korang tengah hadap situasi ni, jangan risau. Sebenarnya, banyak je cara mudah yang kita boleh amalkan di rumah untuk jimat elektrik, tanpa perlu ubah rutin secara drastik pun. Tips ni memang praktikal dan korang mungkin tak sangka selama ni boleh bantu jimat banyak!

    1. Kurangkan penggunaan elektrik di ruang tamu

    Kawasan paling aktif dalam rumah ialah ruang tamu, tapi juga paling banyak pembaziran jika tak dijaga. Contohnya, lampu, kipas, TV dan komputer sering dibiarkan terbuka walaupun tiada siapa di ruang itu. Dengan hanya tutup suis dan cabut plug selepas digunakan, kita dah boleh kurangkan penggunaan elektrik secara drastik.

    Langsir tebal pun bantu sekat haba dari luar, jadi ruang tak terlalu panas dan tak perlulah bergantung sangat pada aircond. Nak lebih jimat? Guna mentol LED yang tahan lama dan kurang guna tenaga. Nampak kecil, tapi impaknya besar untuk jangka panjang.

    2. Bilik tidur pun boleh ‘cool’ dengan cara bijak

    Waktu tidur, tak semestinya perlu buka aircond sepanjang malam. Kita boleh set timer untuk aircond, lepas tu guna kipas sebagai sokongan untuk kekalkan pengedaran udara.

    Tambahan pula, aircond yang diselenggara dengan baik akan lebih efisien. Bukan itu saja, pastikan juga penapis dibersihkan supaya udara sejuk keluar lancar.

    3. Ruangan dapur bukan sekadar tempat masak, tapi ‘hotspot’ penjimatan!

    Korang tau tak kalau peti sejuk diletakkan di tempat panas atau dekat dengan dapur, ia terpaksa bekerja lebih kuat dan guna lebih elektrik? Jadi, pastikan lokasi peti sejuk strategik. Lagi satu, isi ruang peti sejuk sekurang-kurangnya dua pertiga penuh, supaya udara sejuk boleh mengalir lancar.

    Kalau nak panaskan makanan pula, korang guna microwave je sebab ia lebih jimat berbanding oven. Dan untuk pemanas air, tekan suis hanya bila nak guna saja, lepas tu tutup.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Perjelas Sebab Anak Tiri Panggil ‘Auntie’ – ‘Cuba Bayangkan Kalau Kita Di Tempat Ibu Kandungnya’

    Sama juga dengan mesin basuh, elak guna berkali-kali. Kumpulkan pakaian dan basuh bila dah muatan penuh. Lepas tu, jangan terus masuk dryer, jemur bawah matahari pun lebih mesra poket!

    4. Segar tanpa pembaziran di bilik mandi

    Bila mandi, ramai yang lebih selesa guna pemanas air kan? Tapi musim panas ni, apa kata korang cuba mandi air biasa je. Bukan saja boleh segarkan badan, tapi dalam masa sama, boleh jimat elektrik juga!

    Tapi, kalau masih nak guna pemanas air, pastikan korang tutup suis lepas guna. Jangan biar dalam standby mode sebab walaupun nampak tak guna, tenaga tetap berjalan!

    Paling penting pilih peralatan cekap tenaga!

    Kalau tengah plan nak beli peralatan elektrik baru, pastikan ada label cekap tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga. Lagi tinggi bintang, lagi jimat tenaga dan ini memang pelaburan jangka panjang.

    Bila semua ahli rumah amalkan tabiat jimat tenaga ni, baru kita rasa keselesaan tanpa rasa bersalah. Ia bukan je bantu kurangkan bil, tapi juga baik untuk alam sekitar. Kecil di mata, besar kesan bila dibuat secara konsisten.

    Tak susah pun nak jimat kan? TNB pun sedia juga untuk bantu!

    Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut cara jimat tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada banyak sumber bermanfaat dekat laman web mereka. Korang boleh belajar teknik penjimatan berdasarkan ruang dalam rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunakan.

    Jom mula ubah tabiat harian. Lebih selesa dan bil pun akan jimat banyak!

    Setiap langkah kecil yang kita buat mampu memberikan impak besar terhadap penjimatan tenaga negara secara keseluruhan.

    Untuk lebih banyak info dan tips jimat tenaga, layari http://www.tnb.com.my atau follow media sosial rasmi TNB.

    The post Ini Cara Mudah Untuk Jimat Elektrik Di Rumah! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah