Pelakon Zara Zya tidak dapat menahan rasa marah selepas menerima komen yang dianggapnya sangat kurang ajar daripada seorang individu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zara Zya Digelar ‘Wanita Kanser’, Dedah Terima Mesej Negatif – ‘Jangan Pandang Rendah Pada Orang Seperti Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Cepat Penat & Hidung Kerap Berdarah’ – Zara Zya Dedah Badan Beri Isyarat Sebelum Disahkan Kanser
‘Macam-macam kejian..’

Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin itu berkata, biasanya dia memilih untuk tidak membaca komen demi menjaga kesihatan mental.
Namun, pelakon drama Sumpah Ibuku itu kadangkala tetap meluangkan masa membalas komen positif, dengan harapan dapat membawa kegembiraan kepada peminatnya.
Kadang-kadang penat nak baca komen sebab saya nak menjaga kesihatan mental.
Banyak komen yang saya dapat. Yang positif, mampu buat saya tersenyum.
Dan adakala saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga gembira bila mendapat balasan dari saya.
Tapi dalam pada itu, macam-macam kejian, gurauan kasar, kutuk wajah, status bujang, kesihatan saya dan bermacam lagi.
Bagaimanapun, komen kurang ajar seperti ‘Jom romen’ baru-baru ini membuatkan dia tersentak dan terus menegur individu berkenaan tanpa berlengah.
Dan kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat ini saya baca. Secara terbuka kamu komen begini.
Kasihan pada diri kamu dan keluarga kamu.
Perkongsian itu kemudian menarik perhatian orang ramai, yang rata-ratanya berharap individu terbabit dibawa ke pihak berkuasa.
Sumber: Instagram
The post Individu Tinggal Komen Lucah, Zara Zya Anggap Kurang Ajar – ‘Kasihan Pada Diri & Keluarga Kamu’ first appeared on OHBULAN!.





