
Umum mengetahui, selebriti media sosial, Caprice cukup dikenali dengan sikapnya yang suka membantu menyelesaikan masalah dan menyiasat kes membabitkan orang awam mahupun selebriti tanah air.
Stop kes rumah tangga

Terbaharu, seorang individu meminta bantuan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli untuk mencari bukti mengenai dakwaan ibunya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Hi, boleh tolong saya tak cari bukti tentang mak saya yang ada lelaki lain?
Bagaimanapun, Caprice memohon maaf kepada individu tersebut kerana tidak dapat menolongnya atas alasan tidak lagi menyelesaikan masalah berkaitan rumah tangga.
Oh dear, walaupun team kami memang laju bab-bab cari bukti, siasat dan cover kes. Tapi kita dah tak ambil kes-kes rumah tangga.
Caprice memaklumkan mengenai perkara itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya beserta tangkapan skrin layar memaparkan pertanyaan seorang individu.





