29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imran Bard Mengaku Salah Hasilkan Konten Berunsur LGBT, Kesal Tak Jaga Sensitivi Melayu – ‘Saya Ikut Rujukan Kandungan Barat’

    Shopee Sale



    Imran Bard

    Selepas menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen, pempengaruh Imran Bard mengaku bersalah susulan menghasilkan konten berunsur songsang atau LGBT.

    Nafi normalisasikan LGBT

    Imran Bard

    Memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggug, Imran berkata, dia kesal kerana tidak menjaga sensitiviti serta adat kaum Melayu.

    Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang dikongsikan baru-baru ini.

    Tuduhan bahawa saya menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat.

    Saya akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan itu berdasarkan rujukan barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu.

    Saya amat kesal jika perkara itu telah mengecewakan mana-mana pihak.

    Imran membuat permohoan maaf itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar

    Terima teguran

    Imran Bard

    Dalam hantaran sama, pempengaruh asal Melaka itu juga mengambil segala teguran dengan hati terbuka dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam menghasilkan konten.

    Saya mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

    Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang kalian semua berikan.

    Terdahulu, Imran memuat naik sebuah konten memaparkan aksi mesra dengan seorang lelaki.

    Lebih mengundang kecaman apabila Imran dilihat berpelukan lelaki terbabit sekali gus disifatkan sebagai keterlaluan oleh netizen.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah