26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imran Bard Dikecam Netizen, Didakwa Buat Video Normalisasi Budaya Songsang?

    Shopee Sale



    Tindakan pempengaruh terkenal iaitu Imran Bard yang memuat naik video di Instagram (IG) mengundang perhatian dan kecaman wargamaya.

    Normalisasi songsang?

    Mana tidak, video yang dimuat naik pempengaruh tersebut didakwa seakan mempromosi serta menormalisasikan budaya songsang.

    Menerusi video yang dimuat naik, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilihat sedang menghidangkan juadah Char Kuey Tiaw untuk seorang lelaki yang telah memanggilnya sayang.

    Dilihat seperti tidak kena dengan tekak dan selera, lelaki tersebut kemudiannya memaklumkan mahu mengajar Imran untuk memasak juadah tersebut dengan cara yang betul.

    Apa yang mengejutkan ialah, video tersebut kemudiannya memaparkan beberapa adegan seperti pempengaruh itu dipeluk dari belakang serta adegan lelaki tersebut yang seperti mengetap bibir sewaktu menarik Imran rapat dengannya.

    MENARIK:  Amylea Berhasrat Untuk Menyaman Individu Yang Memanfaatkan Kisah Arwah Bapanya Untuk Meningkatkan Jualan Insurans

    Komen netizen

    Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan Imran.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya untuk tidak menormalisasikan budaya tersebut memandangkan ianya merupakan perkara yang ditegah mengikut hukum syarak.

    Sementara itu, tinjauan mendapati Imran sudah pun memadam video tersebut selepas meraih kecaman daripada netizen.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah