28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iman Troye Baca Komen Sebagai Teguran, Tutup Telefon Jika Rasa Gelisah – ‘Mental Nak Guna Lama’

    Shopee Sale



    Penyanyi Iman Troye memberi pandangannya tentang kes buli siber yang semakin berleluasa di media sosial.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Akan Buat Laporan Polis Sekiranya Ugutan Itu Boleh Mengancam Nyawa’ – Iman Troye

    Artikel berkaitan: ‘Saya Mahu Beri Fokus Untuk Lagu’ – Iman Troye Tangguh Satu Semester, Dedah Keluarga Letak Syarat Wajib Habiskan Pengajian

    Baca komen sebagai teguran

    Menerusi perkongsian di TikTok, Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 21, memberitahu dia mengambil segala komen-komen netizen sebagai satu teguran untuk memperbaiki dirinya.

    Saya sangat suka baca komen. Itu masalah saya tapi ia terpulang macam mana orang kendalikannya. Macam saya, saya suka baca komen sebab siapa nak tegur kita depan-depan betul tak? Tak mungkin kawan-kawan akan tegur kita.

    Jadi, saya akan baca untuk saya betulkan apa yang saya salah. Ia lebih kepada cara korang berfikir. Macam sekarang masih ada orang yang beri perhatian pada saya, masih ada orang tegur saya.

    Jadi, saya kena ambil perkara itu secara serius untuk saya perbaiki diri saya. Melainkan kalau tak ada orang tegur saya, itu kita kena risau.

    Menurut Iman, dia bagaimanapun tidak pernah menerima kecaman yang teruk sepanjang kariernya namun dia berpesan untuk tidak membaca komen sekiranya boleh mengganggu kesihatan mental.

    Saya rasa tak ada sebab saya tak ambil komen secara serius. Tapi komen yang saya baca tergelak adalah macam Datuk Vida. Saya berhubungan baik sahaja dengan Mama Vida dan saya tak ada rasa kecil hati.

    Kalau bila dah baca dan rasa gelisah dan tak senang hati, korang tutup telefon dan pergi luangkan masa dengan orang yang tersayang. Itu paling penting sebab kesihatan mental ini nak guna lama.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Saleha Dedah Sudah Bertunang Dengan Pereka Fesyen, Joshua Fitton

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah