25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Sibuk Dengan Rawatan ‘Lip Filler’, Anak Temui Ajal Dalam Kereta

    Shopee Sale

    Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata namun, tidak semua mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

    Artikel Berkaitan: Terjaga Dari Tidur, Ibu Temui Anak Mati Dalam Kereta Sebab…

    Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan Usia 8 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Terlupa Hantar Pergi Taska

    Ibu sibuk cucuk bibir

    Memetik laporan Today, seorang wanita berusia 20 tahun yang berasal daripada California itu dipercayai meninggalkan dua anaknya di dalam kereta selama 90 minit dengan keadaan penghawa dingin tidak ditutup.

    Difahamkan, wanita terbabit bergegas ke sebuah spa bagi rawatan ‘lip filler’.

    Akibat ditinggalkan terlalu lama, sistem penghawa dingin berhenti berfungsi.

    Suhu luar mencecah 38.3 darjah celsius dan menyebabkan suhu dalam kereta melonjak pada sehingga 61.6 darjah celsius.

    Syarikat pengeluar menyatakan bahawa penghawa dingin akan tidka berfungsi secara automatik sekiranya kenderaan tidak bergerak selama satu jam.

    Mulut berbuih

    Setelah selesai rawatan ‘lip filler’, wanita terbabit menemui anaknya yang berusia setahun dalam keadaan sawan dan mulut berbuih.

    Dia (si ibu) cuba beri bantuan pernafasan sebelum menghubungi talian kecemasan.

    Suhu kanak-kanak itu mencecah 41.7 darjah celsius dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

    Berdasarkan laporan, wanita yang dikenali sebagai Maya itu dikenakan tindakan mahkamah atas kematian secara cuai dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

    MENARIK:  Dhabitah Sabri ‘Throwback’ Lakonan Suami Dalam JKK, Akui Tak Kenal Nama Jiggy – ‘Gelak Seorang-Seorang Dalam Bilik’

    Sumber: Today

    The post Ibu Sibuk Dengan Rawatan ‘Lip Filler’, Anak Temui Ajal Dalam Kereta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah