25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hijjaz & In-Team Gegar Kota Tinggi! Karnival Hijrah 2025 Janji Tiga Hari Penuh Ilmu, Hiburan & Ukhuwah

    Shopee Sale

    TV AlHijrah dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), 13 agensi HEA dan FELDA bakal mengadakan Karnival Hijrah 2025 pada 21 hingga 23 Disember depan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi.

    Artikel Berkaitan: Ramadan Mentadabbur Keindahan! TV AlHijrah Sajikan Lebih 22 Program, 141 Jam Alunan Al-Quran & Drama Imam Al-Syafie

    Artikel Berkaitan: TV AlHijrah Buka Lembaran Baharu, Hidupkan Al-Quran Dalam Televisyen

    3 hari penuh aktiviti

    Mengangkat tema “Menjalin Ukhuwah, Menyebar Ihsan”, karnival ini dijangka menjadi platform komuniti yang menggabungkan ilmu, kebajikan, ekonomi dan kekeluargaan dalam suasana santai namun penuh pengisian.

    Felda Air Tawar 2 dipilih kerana keistimewaan komuniti setempat yang terkenal dengan budaya gotong-royong dan nilai kekitaan selain lokasinya juga strategik kerana berada di tengah laluan Kota Tinggi dan Desaru.

    Pengurus Besar Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, menjelaskan Karnival Hijrah 2025 merupakan jenama yang sudah lama wujud, namun kembali diperhebatkan tahun ini.

    Karnival Hijrah adalah inisiatif TV AlHijrah untuk turun ke lapangan dan membawa jenama Hijrah kepada masyarakat.

    Ia sudah dianjurkan sejak 2011, cuma beberapa tahun kebelakangan ini program ini senyap sebelum digerakkan semula.

    Skalanya lebih kecil kerana penganjur memilih kawasan sub-rural. Namun, Air Tawar 2 sangat strategik, ia berada di tengah kawasan Kota Tinggi dan berdekatan dengan Desaru.

    Jumlah penduduk sekitar dianggarkan lebih 20 ribu orang. Ini kawasan yang ‘centralized’ dan mudah diakses masyarakat Felda.

    Saifulizan berkata demikia ketika ditemui di majis pengumuman Karnival Hijrah 2025 yang berlangsung di ibu kota pada Khamis. Turut hadir ialah Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar.

    Ukhuwah & dakwah

    Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai program dirangka termasuk kenduri rakyat, gotong-royong, sukaneka, pertandingan komuniti, jualan rahmah, serta program hijrah prihatin untuk menyantuni golongan memerlukan.

    MENARIK:  [VIDEO] Mohd Sophian Kecewa Servis PMW Kurang Memuaskan – ‘Makanan Ini Baru Saja Sampai Tapi Sejuk’

    Antara pengisian dijangka akan mendapat perhatian ialah wayang pacak hijrah iaitu tayangan filem-filem Islamik pilihan pada waktu malam yang mengembalikan nostalgia desa sambil menyampaikan dakwah secara santai.

    Sementara itu, dua program penting TV AlHijrah iaitu Hijrah Berselawat dan Dakwah Live akan dirakam sepanjang karnival berlangsung.

    Kami mahu masyarakat melihat bagaimana sebuah stesen TV bekerja. Program yang biasanya dibuat di studio akan kami bawa ke lapangan. Ini kali pertama panel dan hos turun bersama kru produksi rakam di kawasan kampung.

    Jika hujan, beberapa aktiviti akan dialihkan ke bangunan tertutup. Sukan rakyat juga ada pelan alternatif. Kami sudah bersedia dengan situasi hujan, namun tetap berharap cuaca mengizinkan.

    Karnival Hijrah 2025 turut diserikan dengan personaliti TV AlHijrah serta beberapa artis jemputan seperti kumpulan nasyid terkenal Hijjaz dan In-Team.

    Sasaran kehadiran pengunjung adalah antara 7,000 hingga 10,000 orang, memandangkan kawasan ini dikelilingi komuniti Felda besar seperti Air Tawar 1 hingga 6 dan Felda Sungai Papan.

    Majlis penutup rasmi akan berlangsung pada 23 Disember dan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, dengan kehadiran Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    TV AlHijrah yakin Karnival Hijrah 2025 akan menjadi contoh terbaik bagaimana dakwah boleh dihidupkan melalui pendekatan mesra rakyat, inklusif dan berimpak sosial.

    Dengan penganjuran di selatan tanah air ini, TV AlHijrah berharap gelombang dakwah Karnival Hijrah 2025 akan terus melebar ke wilayah lain pada tahun mendatang, seiring visi memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan ihsan.

    The post Hijjaz & In-Team Gegar Kota Tinggi! Karnival Hijrah 2025 Janji Tiga Hari Penuh Ilmu, Hiburan & Ukhuwah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah