Coretan personaliti media sosial, Andika Putera bersempena sambutan Hari Bapa telah mencuri perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tak Pernah Malu Dengan Fizikal Anak – ‘Saya Bangga Dengan Apa Sahaja Yang Allah Berikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Andika Matang, Tak Cemburu Andika Putera Bergambar Dengan Alisha & Ananda Natasha – ‘Kasih Sayang Yang Adil Untuk Anak’
Ucapan Andika

Menerusi hantaran di TikTok, Andika berkata, kelahiran anak sulungnya iaitu Alisha Puteri telah memberi perubahan besar dalam kehidupannya terutama apabila cahaya matanya itu diuji dengan masalah fizikal.
Selamat Hari Ayah buat diriku. Kalau orang tanya apa paling besar yang ubah hidup saya, jawapan saya mudah..anak saya.
Dulu, anak saya lahir sumbing. Ramai yang tidak tahu pada awal kelahirannya..hari pertama saya tengok muka dia saya senyum tetapi dalam hati saya menangis.
Saya tahu jalan kami takkan mudah dan Alisha akan banyak lalui jalan-jalan hebat.
Bukan mudah
View this post on Instagram
Menurut Andika pada awalnya dia mengakui bukan mudah untuk dia dan keluarga berdepan dengan ujian tersebut.
Saya dan mak kandungnya harungi semuanya pada waktu dulu. Mulut orang, kos pembedahan, ujian emosi, ujian kewangan.
Tangan dia perlu rawatan, mulut dia perlu pembedahan, tapi dia tetap senyum dan disebabkan senyuman itulah saya tak pernah izinkan diri saya untuk putus asa.
Namun sebagai seorang bapa, Andika sentiasa berusaha keras demi kesihatan dan kebahagiaan anak.
Saya kerja siang dan malam. Kadang tidur pun fikir macam mana masa depan dia. Tapi saya tahu, saya ayah..tanggungjawab saya bukan untuk meminta diringankan ujian tetapi meminta untuk jadi kuat.
Sekarang anak saya dan besar, ceria, cantik dan bijak. Setiap kali dia peluk saya, saya tahu tuhan pinjamkan saya kekuatan paling besar, seorang anak yang ajar saya erti sebenar hidup.
Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.
Difahamkan, Andika dan bekas isteri, Ananda Natasha pernah bercerai buat kali pertama pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember 2023.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber: TikTok Andika Putera
The post ‘Hari Pertama Tengok Wajah Anak Saya Senyum, Hati Menangis’ first appeared on OHBULAN!.





