29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hari Bahagia Nina Ismail Sabri Semakin Hampir, Video ‘Pre-Wedding’ Tular Di Media Sosial?

    Shopee Sale



    Bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri memberi bayangan bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.

    Video ‘pre wedding?’

     

    Post by @mangotouch
    View on Threads

     

    Menerusi video yang dimuat naik oleh sebuah syarikat fotografi di Threads, memaparkan sedutan temu bual Nina dan seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz Osman.

    Momen mereka berjalan seiringan bersama dan berpegangan tangan juga turut dirakamkan.

    Walau bagaimanapun, tiada perincian yang dinyatakan pada video tersebut meskipun ianya dipercayai adalah sebuah video ‘pre-wedding’.

    Terdahulu, anak kepada bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berkongsi foto bersama Hafiz di media sosialnya.

    Rentetan itu, ramai yang mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta bahkan menguatkan lagi dakwaan apabila Nina berkata mereka meluangkan masa bersama dan berbincang tentang masa depan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Semalam Ayah Sempat Pergi Klinik Sebab Kaki Bengkak & Batuk’ – Anak Pyanhabib Rahman

    Imbas kembali, Nina dan Jovian mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah pada Ogos tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah