28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming akui terkejut apabila dimaklumkan dirinya terpilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya 2025, pada hari ini (Jumaat).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Terpaksa Buang Ribuan Kilo Ayam, Dedah Kos R&D Hampir RM1 Juta – ‘Saya Betul-Betul Cerewet’

    Jaga keberkatan meniaga

    Menurut Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA ketika ditemu bual, pengiktirafan ini bukan untuk dirinya semata sebaliknya didedikasikan juga kepada usahawan-usahawan lain di luar.

    Saya rasa sangat terkejut apabila dapat info yang saya akan menjadi salah seorang penerima anugerah tahun ini. 

    Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua usahawan di luar sana terutama kepada peniaga-peniaga kecil, mereka yang baru belajar meniaga.

    Dalam masa sama, KA, 33, turut mengingatkan kepada dirinya dan peniaga untuk mencari keberkatan dalam berniaga.

    Saya tujukan anugerah ini kepada mereka dan menjadi peringatan kepada saya dan mereka semua bila kita berniaga jagalah keberkatan perniagaan kita dan pastikan rezeki yang kita cari itu halal. 

    Jaga hubungan sesama sendiri, InsyaAllah.

    Pada Jumaat, Khairul Aming menerima anugerah yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tolong Buang Mindset Letak Ibu Bapa Di Rumah Orang Tua Makna Kita Nak Buang Mereka’ – Syamsul Debat

    Manakala, pelakon, Angeline Tan diumumkan penerima anugerah bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

    The post ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah