27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hampir Dua Minggu Di Hospital, Zara Zya Kena Jalani Pembedahan Hari Ini

    Shopee Sale



    Sebelum ini, pelakon Zara Zya memberitahu dia menghidap dua sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome.

    Terpaksa jalani pembedahan

    Terbaru, Zara Zya memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan bagi dua sindrom tersebut, hari ini.

    Assalamualaikum. Dengan rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi, sama ada yang mengenali saya ataupun tidak. Sekiranya saya pernah menyakiti hati anda, maafkanlah saya.

    Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk membuang cyst, fibroid,dan melakukan ‘facet joint injection’. Saya sudah berada di hospital ini hampir dua minggu.

    Pada mulanya, saya hanya ingin membuat pemeriksaan untuk sakit artritis, tetapi kemudian didapati saya juga menghadapi masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

    Selain itu, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) di buah pinggang kiri dan mempunyai fibroid,” tulisnya.

    Ujar Zara, dia memohon doa dan kemaafan daripada semua pihak.

    Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk memaafkan saya, ya. Ujian ini dari Allah S.W.T dan saya redha dengan semuanya.

    MENARIK:  Bkay Nair Perkenal Idea Sari, Angkat Hasil Tangan Banduan Penjara – ‘Mereka Menghasilkan Batik Yang Sangat Tinggi Nilai Seninya’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah