33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Redza Rosli Ada Sebab Umum Lambat Berita Kelahiran Aydrean Raess – ‘Tanggungjawab Bapa Sangat Besar’

    Shopee Sale

    Pelakon, Redza Rosli mengakui kehidupannya kini lebih bermakna sejak menyambut kehadiran cahaya mata sulung lelaki, sekali gus membuka lembaran baharu sebagai seorang bapa.

    Artikel Berkaitan: Redza Rosli & Bella Hanna Selamat Timang Anak Sulung, Muhammad Aydrean Raess Jadi Nama Pilihan

    Artikel Berkaitan: Redza Rosli & Bella Hanna Bakal Timang Anak Sulung

    Tanggungjawab baru

    Redza atau nama lengkap Ahmad Redza Rosli, 34, berkata, walaupun masih menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru, dia melihat fasa hidup yang dilalui ketika ini sebagai anugerah terindah.

    Kadang-kadang saya sendiri masih rasa sukar percaya dengan apa yang berlaku dalam hidup. Namun apa pun, ini semua adalah perjalanan yang setiap orang akan lalui.

    Kita semua akan melalui fasa tua dan akhirnya pergi juga. Jadi apabila Allah beri peluang merasai perjalanan ini, saya anggap ia sangat indah.

    Rezeki itu bukan sekadar anak, tapi juga kesihatan, pekerjaan, kerjaya dan banyak lagi nikmat lain yang Allah kurniakan.

    Redza berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan kandungan Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Redza menyifatkan kehadiran putera kecilnya itu bukan sahaja satu kurniaan, malah datang bersama tanggungjawab besar yang perlu digalas.

    Orang kata pengalaman sebagai bapa ini masih baru, tapi hakikatnya tanggungjawab seorang bapa itu sangat besar. Bukan sahaja kepada anak, malah kepada ibu bapa yang masih ada.

    Sebagai anak lelaki, amanah itu melibatkan keluarga, isteri dan anak. Apa pun yang berlaku, saya akan cuba sebaik mungkin untuk sentiasa ada dan bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

    Dalam perkembangan lain, Redza memaklumkan isterinya kini menjalani tempoh berpantang di bawah penjagaan keluarga mentuanya memandangkan dia sedang sibuk dengan jadual penggambaran.

    MENARIK:  Filem ‘Laknat’ Inspirasi Kisah Benar, Bongkar Tipu Daya Iblis

    Menjawab persoalan mengenai pengumuman kelahiran yang dibuat agak lewat, Redza menjelaskan keputusan tersebut dibuat bersama isterinya sebagai langkah berjaga-jaga.

    Kami sepakat tidak tergesa-gesa berkongsi berita. Sekarang banyak perkara tak dijangka berlaku. Ada kes bayi tidak sempat melihat dunia dan ada juga yang pergi ketika masih dalam kandungan. Jadi kami lebih berhati-hati.

    Pada 13 Januari lalu, isteri Redza, pelakon Bella Hanna selamat melahirkan cahaya mata lelaki sulung mereka yang diberi nama Muhammad Aydrean Raess. Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024.

    The post Redza Rosli Ada Sebab Umum Lambat Berita Kelahiran Aydrean Raess – ‘Tanggungjawab Bapa Sangat Besar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah