Usahawan terkenal, Haliza Maysuri tampil memberi penjelasan berkenaan isu pembelian set kain kafan daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Kongsi Pandangan Ustaz, Tak Salah Beli Kain Kafan ‘Premium’ – ‘Kita Bantu Ekonomi Orang Islam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerap Dikecam Miliki Busana Mahal, Haliza Maysuri Tempah Kain Kafan Jenama Rizalman – ‘Akhirat Kena Terbaik & Berjenama’
Penjelasan Haliza
Menerusi perkongsian di TikTok, Haliza memaklumkan bahawa dirinya dan keluarga telah menyiapkan persediaan sendiri andai suatu hati nanti mereka dijemput Ilahi.
Saya tidak memerlukan kain kafan tersebut.
Saya telah lama membayar khairat kematian, persediaan kain kafan juga sudah ada, malah saya telah mewakafakan van jenazah sebagai persediaan untuk diri dan keluarga jika dijemput Allah kelak.
Bagaimanapun, Haliza menegaskan bahawa pembelian set kain kafan tersebut adalah sebagai tanda sokongan kepada Rizalman selain setiap hasil jualan akan disalurkan untuk tujuan kebaikan.
Namun apabila sahabat saya, Datuk Rizalman Ibrahim mengeluarkan set kain kafan premium dengan niat kebajikan di mana hasil jualannya akan disalurkan kepada Yayasan Rizalman untuk pembinaan masjid, surau dan pelbagai sumbangan lain, saya memilih untuk membantu.
Sebagai seorang usahawan, saya perlu menyebut jenama. Berniaga mesti jelas. Kain kafan di luar sana banyak, tetapi yang saya promosikan ialah kain kafan keluaran Rizalman.
Rizalman ialah satu jenama, bukan sekadar nama individu. Kejelasan memudahkan orang membeli, menyokong dan menyumbang.
Jika ada kata-kata saya yang kedengaran mencetuskan perbincangan, itu adalah skill marketing saya untuk memastikan sesuatu produk dilihat, diketahui dan sampai kepada sasaran.
Bukan kerana hati yang mahu dipuji, tetapi sebagai strategi supaya manfaatnya sampai lebih jauh.
Terima nasihat

Dalam masa sama, pengasas jenama tudung Bawal Exclusive itu juga menerima dengan hati yang terbuka segala nasihat dan teguran daripada semua pihak tentang isu berkenaan.
Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan setinggi-tingga terima kasih kepada para mufti, alim ulama, ustaz dan agamawan yang menasihati saya dengan ilmu dan adab.
Segala teguran dan pandangan saya terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, ia menjadi peringatan dan muhasabah untuk diri saya
Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna. Kita semua belajar, tersilap dan saling mengingatkan. Yang dinilai Allah bukanlah luaran semata-mata tetapi niat dan keikhlasan hati.
Allah Maha Mengetahui niat saya dan apa yang ada di dalam hati.
Terdahulu, Haliza membeli set kafan berkenaan selepas menerima komen negatif warganet yang mendakwa dia hanya miliki busana mewah, namun tindakannya itu mengundang rasa kurang senang daripada pelbagai pihak.
Sumber: TikTok Haliza Maysuri
The post Haliza Maysuri Perjelas Isu Kain Kafan – ‘Hasil Jualan Disalurkan Untuk Sumbangan, Jadi Saya Mahu Membantu’ first appeared on OHBULAN!.





