30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Akui Sifat Amarah Punca Hidup Hancur, Banyak Buat Keputusan Salah Untuk Diri & Keluarga

    Shopee Sale

    Penyanyi, Hafiz Suip mengakui sifat amarah yang tidak terkawal dalam dirinya menjadi punca utama hidupnya hancur dan terumbang-ambing.

    Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak, Sedih Bila Dianggap Diri Jahat

    Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Saya Nak Anak-Anak Bangga Bila Tengok Saya Di Kaca Televisyen’ – Hafiz Suip

    Dikuasi sifat amarah

    Menerusi hantaran di Instagram, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, berkata, emosi melampau yang pernah menguasai dirinya telah membawa kepada keputusan-keputusan yang tersasar dan memberi kesan besar dalam hidup.

    Amarah. Itu punca utama hidup aku hancur. Amarah bukan cara untuk selesaikan masalah. Semua orang ada rasa itu, tapi kalau tak dikawal, habis semua jadi musnah.

    Pelantun lagu Awan Nano itu turut mengakui bahawa sifat marah adalah fitrah manusia, namun terpulang kepada individu untuk mengurus dan menanganinya dengan bijaksana.

    Aku belajar daripada kesilapan sendiri. Allah bagi kita sifat amarah itu, tapi kita yang kena uruskan dengan waras. Kalau benda tu baik, aku teruskan. Kalau tidak, aku buang dari hidup aku.

    Titip doa untuk anak

    Dalam perkongsian sama, Hafiz tidak dapat menyembunyikan rasa rindu yang mendalam terhadap dua anaknya, terutama selepas berpindah ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

    Soal anak, setiap hari aku rindu. Rasa nak call, nak dengar suara. Tapi mereka sibuk dengan sekolah, jadual penuh.

    Aku pula duduk jauh. Sekarang ni hanya mampu buat panggilan video,tanya khabar, tengok muka. Mak dia yang selalu update keadaan mereka.

    Mak dia lebih layak untuk jaga mereka. Aku doa saja setiap hari supaya mereka membesar dengan sihat dan faham maksud kehidupan nanti.

    Terdahulu, juara Akademi Fantasia 7 ini mengesahkan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy tidak dapat diselamatkan lagi dan sedang dalam proses bercerai.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Berpelukan Dengan Tun Dr Hasmah – ‘Sangat Bersifat Keibuan’

    Imbas kembali, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.

    Sumber: Instagram

    The post Hafiz Suip Akui Sifat Amarah Punca Hidup Hancur, Banyak Buat Keputusan Salah Untuk Diri & Keluarga first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah