28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hael Husaini Akan ‘Berkurung’ Seminggu Sebelum ‘Showcase’, Mahu Rehatkan Kotak Suara

    Shopee Sale



    Hael Husaini

    Penyanyi, Hael Husaini memaklumkan sudah menjadi rutin dan kebiasaanya untuk berehat selama seminggu serta menolak tawaran menyanyi setiap kali akan terlibat dengan konsert atau acara besar.

    Berkurung seminggu

    Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 38, berkata, perkara sama juga dilakukan untuk showcase ‘Hael Husaini Antonim Night’ yang akan berlangsung pada 31 Mei ini.

    Jelasnya, tempoh itu digunakan untuk merehatkan kotak suaranya supaya berada dalam keadaan baik.

    Kesihatan amat penting untuk dijaga setiap kali ingin melakukan persembahan atau terlibat dengan acara besar. Tidak hanya saya, tetapi semua penyanyi juga sama.

    Sebagai penyanyi harus tahu tahap dan keadaan tubuh badan mereka. Macam saya, akan cucuk vitamin C dan beberapa perkara lagi.

    Risau memang ada, kebanyakan penyanyi akan hilang suara setiap kali ada persembahan. Bagaimanapun, sebagai penghibur meskipun kurang sihat, ‘show must go on’.

    Selalunya, kalau melibatkan konsert atau ‘showcase’ saya memang akan berehat selama seminggu, tidak mengambil sebarang tawaran supaya kotak suara saya dalam keadaan segar.

    Hael berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media ‘Hael Husaini Antonim Night’ yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, pada Jumaat.

    Tiket sold out

    Hael Husaini

    Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai tiket yang habis terjual dalam tempoh 17 minit, Hael mengakui terharu dan tidak menyangka dengan sambutan diberikan peminat.

    Saya agak terkejut, saya tak pernah sangka ada pengikut yang mahu beli tiket secepat itu. Saya jangka mengambil masa sehari atau lebih, tetapi apabila 17 minit, saya sangat berbesar hati.

    Kongsi Hael lagi, ‘showcase’ yang dijangka berlangsung selama dua jam itu juga dapat mengubati kerinduan peminat yang sebelum ini hampa dengan pembatalan konsert ‘Hael Husaini Live in KL’.

    Sedikit sebanyak showcase ini dapat mengubati kerinduan kepada mereka yang sebelum ini beli tiket konsert ‘Hael Husaini Live in KL’ yang terpaksa dibatalkan.

    Saya datangkan dengan hadiah yang baru iaitu ‘Hael Husaini Antonim Night’ kepada peminat. Saya akan persembahkan lagu-lagu dalam album sulung saya di showcase ini.

    Showcase ‘Hael Husaini Antonim Night’ bakal berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama pada 31 Mei ini.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Perjelas Isu Sangkar – ‘Itu Kucing Liar, Saya Tak Kurung Tapi Beri Makan’

    Sementara itu, sehari lebih awal, showcase sulung Nadeera bertajuk ‘An Evening With Nadeera’ bakal berlangsung di lokasi sama pada 30 Mei.

    Kedua-dua acara ini dibawakan oleh Mask Team dan Usanita Entertainment.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah